Utusan Borneo (Sabah)

Pertembung­an PSC, KDM Penampang dijangka sengit

- Pemain pasukan PSC sedia memberikan saingan kepada pasukan KDM Penampang.

KOTA KINABALU: Pasukan PSC akan turun menentang pasukan KDM Penampang pada petang ini (Jumaat) di Stadium Penampang selang lima hari selepas perlawanan pertama yang berlangsun­g di padang Penjara yang menyaksika­n kedua dua pasukan mencatat keputusan seri 1-1.

Perlawanan pada petang ini dijangka lebih sengit di mana kedua kedua pasukan sudah melakukan persediaan rapi untuk menghadapi perlawanan ini.

Pengurus pasukan KDM Penampang Justin Juani ketika dihubungi berkata, perlawanan menentang pasukan PSC adalah merupakan ujian terbesar buat pasukannya.

“Rata rata para pemain saya sungguh bersemanga­t untuk menghadapi perlawanan kali ini dan pastinya berazam ingin menewaskan pasukan PSC kali ini.

“Jelas momentum pasukan kini di tahap yang terbaik dan bersedia untuk perlawanan ini,” katanya.

Sambil itu beliau menjelaska­n bahawa beliau dan ketua jurulatih Marcellinu­s Bungkilan sudah pun mendapat bayangan pemain yang akan membarisi kesebelasa­n utama yang dijangka akan memberi masalah kepada pasukan PSC.

Dalam pada itu, pasukan PSC pula mendapat berita baik apabila penjaga gol utama merekaiait­u Zico Solaiman sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan hidung yang dialami pada perlawanan pertama dan bersedia diturunkan pada petang ini.

Begitu juga dengan pemain pertahanan Shahrizal Enin yang juga telah terlepas dua perlawanan sebelum ini juga akan kembali ke dalam pasukan.

Manakala penyerang yang

BARISAN

juga penjaring terbanyak pasukanPas­kalisUlunM­eman belum pulih sepenuhnya.

Dalam pada itu, perlawanan pada petang ini juga akan dihadiri oleh Loretto JJ Sipin, Terence Siambun yang merupakan Adun Moyog, Pegawai Daerah Penampang Robert Stidi, dan Pemimpin Pemaju Masyarakat Penampang Benjamin S.

 ??  ??
 ??  ?? JUSTIN
JUSTIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia