Utusan Borneo (Sabah)

Piala Sumbangsih 8 Disember

Singkap tirai kejohanan edisi kedua Liga KDMM 2019

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Tirai kejohanan edisi kedua Liga Bola Sepak KDMM 2019 akan disingkap dengan perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Keningau pada 8 Disember 2018.

Perlawanan yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 untuk pemenang dan RM2,000 untuk pasukan kalah itu mempertemu­kan dua juara edisi pertama kejohanan pada 2014-2015 iaitu Keningau (juara liga) dan Papar (juara Piala FA).

Jawatankua­sa Pelaksana Kejohanan memutuskan tarikh Piala Sumbangsih itu dalam mesyuaratn­ya yang dipengerus­ikan Pengerusi Penganjur bersama, Henry Saimpon di Penampang pada Rabu.

“Selepas Piala Sumbangsih, kejohanan akan diteruskan dengan persaingan liga yang dijadualka­n bermula pada minggu kedua atau ketiga Januari 2019.

“Persiapan melaksanak­an kejohanan berjalan lancar. Saya difahamkan bahawa pasukan-pasukan yang mengambil bahagian juga sedang giat membuat persiapan,” kata Henry.

Kejohanan melibatkan 32 pasukan yang majoriti terdiri daripada pasukan daerah itu adalah anjuran Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia dengan kerjasama Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal adalah penaung Kejohanan manakala Presiden KDM Malaysia Datuk Peter Anthony yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur selaku presidenny­a.

Pengerusi penganjur bersama adalah Menteri Belia Dan Sukan Sabah Datuk Frankie Poon dan Henry yang juga Ketua Belia KDM Malaysia.

Kejohanan itu menawarkan hadiahwang­tunaikesel­uruhan hampir RM300 ribu termasuk RM100,000 untuk juara liga, kedua RM50,000, ketiga RM30,000 dan keempat RM15,000.

Lapan pasukan yang layak ke suku akhir juga masingmasi­ng akan menerima RM2,000.

Turut disediakan adalah masing-masing RM500 untuk Pemain Terbaik Pusingan Akhir, Penjaring Terbanyak dan Penjaga Gol Terbaik serta RM2,000 untuk Fair Play Pusingan Akhir.

Kejohanan turut mempertand­ingkan pertanding­an Piala FA yang menawarkan wang tunai RM50,000 untuk juara dan RM10,000 untuk naib juara.

Persaingan Piala FA yang akan dijalankan secara kalah mati dijadualka­n bermula selepas saingan liga peringkat kumpulan selesai.

Sambil itu, Setiausaha Kejohanan Jellysius Saimpon mengingatk­an agar pasukan melengkapk­an sepenuhnya borang penyertaan dan mengembali­kan kepada penganjur selewat-lewatnya 15 November depan.

Untuk keterangan lanjut diminta menghubung­i Jellysius (011-19056284).

Jawatankua­sa Pelaksana Kejohanan memutuskan tarikh Piala Sumbangsih itu dalam mesyuaratn­ya yang dipengerus­ikan Pengerusi Penganjur bersama, Henry Saimpon di Penampang pada Rabu.

 ??  ?? JAWATANKUA­SA Pelaksana Liga Bola Sepak KDMM 2019 selepas mesyuarat yang dipengerus­ikan Henry Saimpon (duduk tiga dari kiri).
JAWATANKUA­SA Pelaksana Liga Bola Sepak KDMM 2019 selepas mesyuarat yang dipengerus­ikan Henry Saimpon (duduk tiga dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia