Utusan Borneo (Sabah)

SICC siap tahun depan

Kos pelaksanaa­n projek meningkat hampir RM850 juta

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOS pembinaan Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) meningkat sehingga mencapai hampir RM850 juta.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, pertambaha­n kos berkenaan disebabkan oleh beberapa faktor melibatkan aspek penyelaras­an dan juga arahan.

“Pertambaha­n harga kos yang semakin tinggi berbanding kos pada peringkat awal disebabkan oleh beberapa masalah yang kita hadapi.

“Bangunan SICC ini didirikan atas tebing laut dan di bawahnya memerlukan pembinaan asas yang kuat.

“Perkara ini penting kerana kita bukan hanya mahu bangunan yang cantik tetapi dari segi keselamata­n dan mesra pengguna perlu diutamakan.

“Ini juga antara faktor meningkatn­ya kos dari sepatutnya RM400 ke RM500 juta kepada RM850 juta,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan di tapak pembinaan SICC di Kota Kinabalu pada Khamis.

Beliau berkata, setakat ini perjalanan projek berkenaan siap sekitar 62 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan.

Shafie berkata, pemantauan berterusan akan sentiasa dibuat walaupun ada sedikit masalah yang menyebabka­n projek itu tertangguh dari jadual asal.

Menurutnya, kerajaan negeri akan meminta pihak yang lebih berpengala­man untuk memantau projek berkenaan dengan lebih dekat.

“Ini bagi memastikan projek pembinaan SICC berjalan lancar dan bakal menjadi salah satu pusat tarikan yang terbesar di Malaysia.

“Kita berharap SICC menjadi platform kepada Sabah dalam menganjurk­an acara yang bertaraf antarabang­sa.

“Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat malah mampu menjana pendapatan untuk kerajaan khususnya Yayasan Sabah,” jelasnya.

Turut hadir, Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony dan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Jamalul Kiram Zakaria.

 ?? GambarBern­ama ?? MODEL Bangunan Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) yang dijangka siap sepenuhnya tahun depan.
GambarBern­ama MODEL Bangunan Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) yang dijangka siap sepenuhnya tahun depan.
 ??  ?? (Gambar kiri)
(Gambar kiri)
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SHAFIE (dua kanan) mendengar taklimat mengenai perkembang­an projek SICC.
SHAFIE (tengah) semasa lawatan ke tapak projek pembinaan SICC.
SHAFIE (dua kanan) mendengar taklimat mengenai perkembang­an projek SICC. SHAFIE (tengah) semasa lawatan ke tapak projek pembinaan SICC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia