Utusan Borneo (Sabah)

‘Berlari Untuk Menentang Kanser’

- Oleh JOHN TAMBANAN

KPJ Sabah Colour Run 2018 kembali lagi dengan tema ‘Berlari Untuk

Menentang Kanser’ selaras dengan slogan Hari Kanser Sedunia tahun ini iaitu ‘Kita Boleh, Saya Boleh’.

Larian itu yang diadakan pada Sabtu, 21 Oktober 2018 merupakan kali ketiga dianjurkan sejak 2016.

Acara itu dianjurkan dengan objektif untuk mewujudkan kesedaran mengenai kanser kepada orang ramai dan sambutan amat menggalakk­an di mana seramai 2,500 peserta menyertain­ya.

Larian itu adalah satu cara untuk membawa orang ramai bersamasam­a untuk menentang kanser dan meningkatk­an kesedaran tentang pentingnya pengesanan awal melalui pemeriksaa­n dan pemeriksaa­n kesihatan setiap tahun.

Larian itu yang bermula pada jam 5.45

pagi di Taman Teluk Likas Tanjung Lipat, dimulakan dengan sesi pemanasan badan digelar ‘The Mix by Piloxing’

oleh Studio B Wellness sebelum dilepaskan untuk berlari, disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Turut hadir Pembantu Menteri Pendidikan & Inovasi Jenifer Lasimbang, Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Sabah Dr Lim Keok Tang, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Sabah Miranda Harumal, Pengarah Hospital Queen Elizabeth (QEH), QEH2 dan Hospital Wanita & Kanak-Kanak Likas, ketua polis Kota Kinabalu, ketua balai bomba Kota Kinabalu serta pegawai pelajaran dari Jabatan Pelajaran Kota Kinabalu dan Ketua Cawangan Keselamata­n & Kesedaran Awam Kota Kinabalu.

Para peserta disembur dengan serbuk berwarnawa­rni semasa berada di garisan permulaan. Serbuk berwarna-warni itu mewakili pelbagai jenis kanser - merah jambu untuk kanser payudara, oren untuk leukemia, biru muda untuk kanser prostat, tekal untuk kanser ovari dan sebagainya.

KPJ Color Run adalah salah satu acara kanser tahunan terbesar yang dianjurkan oleh KPJ Sabah di Sabah.

Antara aktiviti yang turut diadakan selepas larian itu ialah pameran kesihatan, gerai promosi dan jualan, aktiviti pentas, Gerai Gambar Colour Run, cabutan bertuah dengan hadiah menarik, pameran auto oleh Kelab Pemilik Sabahan Bimmers dan sebagainya.

Penaja utama acara itu termasuk K2 Life Water, Tritonic, Studio B Wellness dan Ayam Brands dengan sokongan daripada Kementeria­n Belia & Sukan Negeri Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Kerja Raya (JKR), Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dan Persatuan Olahraga Amatur Sabah.

 ??  ?? TANGAU (tengah) menyempurn­akan pelepasan KPJ Sabah Colour Run 2018 di Taman Awam, Teluk Likas. Turut kelihatan Jenifer (empat kiri) dan Miranda (tiga kiri).
TANGAU (tengah) menyempurn­akan pelepasan KPJ Sabah Colour Run 2018 di Taman Awam, Teluk Likas. Turut kelihatan Jenifer (empat kiri) dan Miranda (tiga kiri).
 ??  ?? PARA peserta memanaskan badan sebelum memulakan larian.
PARA peserta memanaskan badan sebelum memulakan larian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia