Utusan Borneo (Sabah)

SMK Tawau dinobat Wira Serasi

Terima wang tunai RM5,000, piala dan sijil

-

KOTAKINABA­LU:Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau dinobatkan sebagai Wira Sekolah Rakan Alam Sekitar (Serasi) ke10, sesi 2017/2018.

Terdapat lima kategori anugerah yang disampaika­n iaitu Mentor Serasi, Wira Serasi, Harapan Serasi, Guru Serasi dan Guru Besar atau Pengetua Serasi.

SMK Tawau membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala dan sijil apabila muncul johan Wira Serasi bagi peringkat sekolah menengah sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Lambidan, Kuala Penyu pula johan bagi peringkat sekolah rendah dengan nilai hadiah yang sama.

Dalam pada itu, SM St Michael Penampang, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Hwa Tawau dan SJKC Chi Hwa Sandakan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,000, piala, Mentor Flag dan sijil apabila dinobatkan sebagai Mentor Serasi setelah mendapat anugerah Wira Serasi selama dua tahun berturut-turut.

Sementara itu, membawa pulang wang tunai RM3,000, piala serta sijil adalah pemenang tempat pertama anugerah Harapan Serasi iaitu SK Kekapor Kuala Penyu bagi peringkat sekolah rendah dan SM St Patrick Tawau bagi peringkat sekolah menengah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, program Serasi merupakan penganuger­ahan tertinggi di Sabah berkaitan alam sekitar yang melibatkan sekolah.

“Ia mengiktira­f usaha berterusan sekolah dalam program pendidikan alam sekitar dan dilaksanak­an di bawah naungan kementeria­n saya sejak tahun 2003.

“Semua pihak perlu lebih komited dan aktif dalam memainkan tanggungja­wab masing-masing dalam usaha memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang,” katanya yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pembantu Menteri Assafal P Alian pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Serasi ke-10, sesi 2017/2018 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah, pagi Selasa.

Turut hadir memeriahka­n majlis sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah Tunku Khalkausar Tunku Fathahi dan Pengarah Jabatan Perlindung­an Alam Sekitar Sabah Mohd Yusrie Abdullah.

 ??  ?? ASSAFAL (empat dari kanan) menyampaik­an anugerah Wira Serasi kepada guru besar salah sebuah sekolah.
ASSAFAL (empat dari kanan) menyampaik­an anugerah Wira Serasi kepada guru besar salah sebuah sekolah.
 ??  ?? GURU Besar SJKC Chi Hwa Sandakan menerima anugerah Mentor Serasi disampaika­n Assafal (empat dari kanan).
GURU Besar SJKC Chi Hwa Sandakan menerima anugerah Mentor Serasi disampaika­n Assafal (empat dari kanan).
 ??  ?? PARA guru besar dan pengetua sekolah yang memenangi anugerah Serasi merakamkan gambar kenangan.
PARA guru besar dan pengetua sekolah yang memenangi anugerah Serasi merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? GURU Besar SJKC Sin Hwa Tawau (empat dari kiri) antara yang menerima anugerah Mentor Serasi setelah memenangi Wira Harapan dua tahun berturut-turut.
GURU Besar SJKC Sin Hwa Tawau (empat dari kiri) antara yang menerima anugerah Mentor Serasi setelah memenangi Wira Harapan dua tahun berturut-turut.
 ??  ?? ASSAFAL (empat dari kanan) menyampaik­an anugerah kepada Guru Besar SMK Tawau sebagai johan Wira Serasi.
ASSAFAL (empat dari kanan) menyampaik­an anugerah kepada Guru Besar SMK Tawau sebagai johan Wira Serasi.
 ??  ?? PENGETUA St Michael Penampang (tiga dari kanan) menerima anugerah Mentor Serasi disampaika­n Assaffal (empat dari kanan).
PENGETUA St Michael Penampang (tiga dari kanan) menerima anugerah Mentor Serasi disampaika­n Assaffal (empat dari kanan).
 ??  ?? ASSAFAL (dua kiri) menerima cenderahat­i daripada Khalkausar (kanan).
ASSAFAL (dua kiri) menerima cenderahat­i daripada Khalkausar (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia