Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Kelab BBSC berziarah ke Tolumis Home Tuaran

-

KOTA KINABALU: Ahli Kelab Beramal Bersatu Sabah Automotive Club (BBSC) telah mengadakan Ziarah Mesra ke pusat jagaan OKU di Tolumis Home Tuaran dengan tema ‘We Love We Care’.

Seramai 35 ahli kelab diketuai oleh Pengerusi BBSC Fauzi Makri yang juga selaku pengarah program dan Timbalan Pengerusi BBSC Mulesin Abd Bani telah menjayakan program amal itu.

Dalam ucapannya, Fauzi berkata program itu adalah untuk memberikan bantuan dan pendedahan kepada semua ahli agar sentiasa mengambil berat terhadap mereka yang kelainan upaya kerana dengan cara itu, mereka dapat mengeratka­n hubungan dengan warga OKU di pusat berkenaan.

“Selain memberikan sumbangan kepada penghuni pusat berkenaan, kita juga dapat memupuk rasa kasih sayang dan prihatin terhadap orang kurang upaya.

“Program bantuan tanpa sempadan ini diharap dapat memberikan kesedaran kepada setiap ahli kelab,” katanya.

Fauzi berharap agar melalui program itu, semua pihak dapat melihat betapa pentingnya menyalurka­n bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Terdahulu itu, Pengurus Tolumis Ching Mee mengucapka­n terima kasih kepada para ahli Kelab BBSC kerana sudi datang menghulurk­an bantuan kepada pusat amal berkenaan.

“Kami di pusat amal seperti ini sememangny­a mengalualu­kan keprihatin­aan semua pihak agar dapat memberikan sumbangan untuk meneruskan operasi,” katanya.

Sebagaimen­gakhirilaw­atan, Fauzi telah memberikan cenderahat­i bagi pihak BBSC kepada Ching Mee.

 ??  ?? BEBERAPA ahli kelab merakamkan gambar kenangan bersama kanakkanak OKU di Tolumis Home.
BEBERAPA ahli kelab merakamkan gambar kenangan bersama kanakkanak OKU di Tolumis Home.
 ??  ?? FAUZI menyampaik­an hadiah kepada salah seorang penghuni Tolumis Home, diperhatik­an oleh Mulesin.
(Gambar bawah) FAUZI memerhatik­an dua penghuni yang saling bantu membantu menyuapkan makanan.
FAUZI menyampaik­an hadiah kepada salah seorang penghuni Tolumis Home, diperhatik­an oleh Mulesin. (Gambar bawah) FAUZI memerhatik­an dua penghuni yang saling bantu membantu menyuapkan makanan.
 ??  ?? AHLI Kelab BBSC berotongro­yongmember­sihkanpari­t di Tolumis Home Tuaran.
AHLI Kelab BBSC berotongro­yongmember­sihkanpari­t di Tolumis Home Tuaran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia