Utusan Borneo (Sabah)

Lindungi kanak-kanak daripada penderaan seksual

Semua anggota masyarakat mempunyai peranan penting bantu kerajaan lindungi golongan ini: Harden

-

SRI AMAN: Semua anggota masyarakat mempunyai peranan penting dalam membantu kerajaan melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa kes penderaan seksual agar golongan ini berada di tempat yang selamat dan bersama dengan golongan yang dapat dipercayai.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, setiap keluarga perlu sedar bahawa kes penderaan seksual kanak-kanak berlaku lebih kerap daripada anggapan orang awam.

“Kita harus mendidik anak-anak untuk berani bersuara dan memberitah­u jika ada seseorang yang ingin mendekati mereka dan menyentuh mereka dengan cara yang tidak baik.

“Ibu bapa juga bertanggun­gjawab untuk melaporkan jika terdapat kes penderaan sebegini berlaku dalam keluarga atau dalam komuniti kita hari ini,” ujarnya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan­MajlisPenu­tupan Bengkel Keselamata­n Diri Kanak-Kanak Untuk Guru Sekolah Rendah di Hotel Seri Simanggang, Sri Aman dekat sini pada Rabu.

Beliau menambah, kebiasaann­ya si perlaku ini tidak mudah dikenal pasti, ini kerana mereka boleh berkelakua­n seperti orang yang disegani dan orang yang peramah.

“Cara yang paling baik ialah mengajar anak-anak kita untuk mengetahui bila orang dewasa mencuba untuk mendera mereka dan tahu di mana dan kepada siapa mereka harus pergi untuk mendapatka­n bantuan,” tegasnya.

Lebih 200 guru daripada 50 sekolah di bawah seliaan Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman dan Betong telah terlibat dalam bengkel yang berlangsun­g selama tiga minggu di bahagian Sri Aman ini.

Tambahnya, sebagai warga pendidik, anda semua perlu memainkan peranan yang begitu penting.

“Anda semua boleh mendidik kanak-kanak daripada peringkat awal lagi untuk mengetahui perbezaan diantara sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat,” ujarnya.

Justeru, kanak kanak perlu didik bagaimana mereka boleh menyelamat­kan diri mereka atau menjauhkan diri daripada si pelaku seperti ini,” tegasnya.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk berkongsi dengan semua anggota masyarakat bahanbahan berkaitan dan memberi peluang kepada semua anggota masyarakat untuk membina kemahiran berkaitan penderaan seksual kanak-kanak.

Turut hadir Pegawai Tadbir Sarawak daripada Pejabat Residen Bahagian Sri Aman Thomas Kendawang dan Pegawai Tadbir Sarawak daripada Pejabat Daerah Sri Aman Azmi Morshidi.

“Kita harus mendidik anakanak untuk berani bersuara dan memberitah­u jika ada seseorang yang ingin mendekati mereka dan menyentuh mereka dengan cara yang ” tidak baik DATUK FRANCIS HARDEN HOLLIS Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti

 ??  ?? HARDEN (tiga kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang warga pendidik yang menyertai bengkel berkenaan.
HARDEN (tiga kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang warga pendidik yang menyertai bengkel berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia