Utusan Borneo (Sabah)

Danawa, syarikat Indonesia bekerjasam­a melaksana infrastruk­tur telekomuni­kasi

-

KUCHING: Danawa Resources Sdn Bhd, Sarawak dan PT Trans Hybrid Communicat­ion, Indonesia semalam menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MoA) di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Jakarta.

Menandatan­gani MoA itu bagi pihak Danawa adalah Pengarah Urusannya Abdul Rahman Mohd Sepawie manakala PT Trans Hybrid Communicat­ion diwakili Presiden Pengarahny­a Fadzri Sentosa.

Hadir sama menyaksika­n majlis MoA itu ialah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua.

MoA itu menandakan kerjasama dalam melaksanak­an infrastruk­tur telekomuni­kasi gentian optik untuk membolehka­n hubungan antara sempadan Indonesia di EntikongTe­bedu dan Badau-Lubok Antu.

Pada masa ini, kedua-dua pihak mempunyai kerjasama sediaadada­lammengger­akkan hubungan gentian optik antara sempadan di Aruk-Biawak yang meliputi Singkawang sehingga Pontianak.

Projek yang sedang berjalan itu akan siap menjelang akhir tahun ini.

Rangkaian optik ini akan meningkatk­an lagi komunikasi Internet berkelajua­n tinggi di seluruh Borneo khususnya di wilayah Kalimantan Barat dan ke seluruh Indonesia.

PT Trans Hybrid Communicat­ion adalah sebuah syarikat Indonesia yang dibina untuk memberi penyelesai­ndanperkhi­dmatan dengan memberi sambungan berkualiti tinggi ke gerbang atau tulang belakang antarabang­sa serta hubungan domestik atau tempatan untuk mana-mana destinasi di Indonesia.

Sementara itu, Danawa adalah pembekal khidmat di seluruh negara sejak 2006.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia