Utusan Borneo (Sabah)

Proses kelulusan permohonan kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A harus dipercepat­kan

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan memohon kepada Putrajaya untuk mempercepa­tkan proses kelulusan permohonan kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A iaitu bagi kanak-kanak di bawah umur 21 tahun supaya diberi pertimbang­an khas bagi memudahkan mereka bersekolah.

Sehubungan itu, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata beliau akan mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi tujuan tersebut.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, proses kelulusan permohonan kewarganeg­aran mengambil masa yang sangat lama iaitu sehingga lima tahun.

“Kita tidak mahu ini terus berlaku kerana ia menjejaska­ngolongank­anakkanak ini terutama dari segi pendidikan dan masa depan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Status Kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A Peringkat Sarawak di pejabatnya di Wisma Baitulmakm­ur di sini pada Rabu.

Turut hadir Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­nKanak-Kanak Rosey Yunus, Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Sarawak Jasni Jubli dan Presiden Kesatuan Guru Sarawak Macky Joseph.

Menurut Fatimah, kelulusan permohonan kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A untuk Sarawak adalah di bawah bidang kuasa Kementeria­n Dalam Negeri, bukannya oleh Jawatankua­sa Khas Status Kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A Peringkat Sarawak.

Katanya kelulusan segera permohonan kewarganeg­araan itu sangat perlu bagi membolehka­n kanak-kanak dalam usia pelajar itu dapat menjalani persekolah­an dengan mudah.

Selain itu, katanya ia juga membantu mereka menerima kemudahan persekolah­an serta memastikan mereka mendapat akses kepada bantuan kerajaan seperti bantuan prasekolah, buku teks percuma, bantuan kebajikan termasuk kemudahan perubatan di hospital dan klinik kerajaan.

Fatimah berkata setakat Oktober tahun ini, sebanyak 321 permohonan kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A telah diterima oleh Jawatankua­sa Khas Status Kewarganeg­araan di bawahPerka­ra15APerin­gkat Sarawak untuk dibentangk­an kepada Kementeria­n Dalam Negeri.

Beliau menjelaska­n Permohonan Kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A adalah melibatkan kanak-kanak di bawah umur 21 tahun, yang tidak mempunyai taraf kewarganeg­araan dengan antara faktornya adalah ibu atau bapa mereka merupakan warga asing.

“Setakat tahun ini, tiada permohonan yang telah diluluskan dan oleh sebab itu, kita mahu proses kelulusan oleh Kementeria­n Dalam Negeri dapat dipercepat­kan,” ujarnya.

Manakala bagi permohonan yang telah dibentang mulai November 2016 hingga Ogos 2017, sebanyak 95 daripada 190 permohonan telah diluluskan.

 ??  ?? FATIMAH menunjukka­n kenyataan akhbar pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Status Kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A Peringkat Sarawak di pejabatnya, Wisma Baitulmakm­ur pada Rabu.
FATIMAH menunjukka­n kenyataan akhbar pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Status Kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A Peringkat Sarawak di pejabatnya, Wisma Baitulmakm­ur pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia