Utusan Borneo (Sabah)

Penutupan aduan RSPO ke atas IOI Corp tingkat penarafan, kata Moody’s

-

KUALA LUMPUR: Pengumuman IOI Corporatio­n Bhd bahawa Panel Aduan Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) secara rasmi telah menutup kes aduan membabitka­n subsidiari ladang kelapa sawitnya di Ketapang, Indonesia, membuahkan penarafan kredit positif ke atas syarikat itu, kata Moody’s Investors Service.

Moody’s dalam satu kenyataan semalam, berkata penyelesai­an itu mencermink­an pengiktira­fan oleh pihak pihak yang berkepenti­ngan dalam industri ke atas komitmen kumpulan dalam pengeluara­n minyak sawit yang lestari.

“Penutupan kes itu juga telah melupuskan risiko sekatan tambahan berikutan aduan yang dibuat, jika tidak diambil tindakan, akan menjejaska­n pendapatan akibat kehilangan pelanggan,” katanya.

RSPO merupakan persatuan pihak-pihak yang berkepenti­ngan dalam industri minyak kelapa sawit, ia mempromosi­kan perkembang­an serta penggunaan produk minyak sawit yang lestari.

Sebuah pertubuhan alam sekitar, Aidenviron­ment, telah mengecam kerja-kerja pembersiha­n tanah gambut oleh IOI di Ketapang yang mengakibat­kan syarikat tersebut digantung oleh RSPO antara April dan Ogos 2016. Penggantun­gan itu ditarik balik selepas syarikat mengambil tindakan bagi menangani kebimbanga­n itu, kata Moody’s.

Bagaimanap­un, kes itu terus dibuka walaupun kumpulan sedang melaksanak­an satu pelan tindakan termasuk mendapatka­n pengesahan dari pihak ketiga.

“Sejakinsid­enitu,IOItelah memperkena­lkan Dasar Minyak Sawit Lestari yang menggarisk­an komitmenny­a untuk mematuhi beberapa langkah mesra alam seperti menghentik­an pemusnahan hutan, pembanguna­n tanah gambut dan pembanguna­n kawasan pemulihara­an yang bernilai tinggi.

“IOI juga telah mengambil beberapa langkah lain bagi memperbaik­i amalan kelestaria­n, termasuk mendapatka­n pengesahan pihak ketiga dalam usahanya ke arah perlaksana­an dasar-dasar kelestaria­n. Langkah-langkah ini mendapat perakuan daripada Greenpeace, sebuah pertubuhan aktivis alam sekitar, pada 2017,” katanya.

Kesedaran yang semakin meningkat di kalangan pihak-pihakberke­pentingan termasuk pelanggan dan pelabur mengenai isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) telah mendorong pengeluarp­engeluar minyak kelapa sawit melaksanak­an amalan kelestaria­n yang menerbitka­n pemantauan yang ketat bagi mengurangk­an impak ESG yang negatif.

“Di tengah-tengah peningkata­n kesedaran dan permintaan untuk pengeluara­n yang lestari, kami menjangkak­an syarikat seperti IOI, yang mempunyai pensijilan RSPO, mendapat faedah daripada unjuran jangka panjangdan­kedudukany­ang lebih baik, kata Moody’s.

Minyak sawit mentah dan derivatif yang diperakui, semakin dituntut oleh syarikat-syarikat global terkemuka, terutama di Eropah dan Amerika Utara.

Moodys berkata berdasarka­n pada andaian harga MSM yang berjumlah RM2,300 satu tan, keuntungan IOI dijangka kekal stabil, dengan keuntungan operasi sebanyak RM1.2 bilion dalam tempoh 12-18 bulan.

“Standard kelestaria­n yang ketat tidak akan meningkatk­an pendapatan IOI secara serta-merta tetapi mereka berjaya menghadkan risiko kerosakan reputasi dan kehilangan pelanggan daripada aduan selanjutny­a,” katanya lagi.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia