Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan komited kaji semula Pendapatan Garisan Kemiskinan

Supaya selaras dengan peningkata­n kos sara hidup rakyat

-

Selain pendapatan, MPI akan mengambil kira dimensi lain iaitu pendidikan, kesihatan dan kualiti hidup. MOHD RADZI MD JIDIN Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk mengkaji semula Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa supaya selaras dengan peningkata­n kos sara hidup rakyat dan akan menambah baik model PGK dengan mengambil kira perubahan corak penggunaan mengikut geografi dan demografi.

PGK ditakrifka­n sebagai pendapatan isi rumah yang hanya mencukupi untuk membeli keperluan minimum yangterdir­idaripadam­akanan dan bukan makanan.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohd Radzi Md Jidin, berkata bagi melengkapi pengukuran kemiskinan berasaskan PGK, kerajaan akan menggunaka­n satu kaedah pengukuran kemiskinan yang lebih menyeluruh iaitu Indeks Kemiskinan­PelbagaiDi­mensi (MPI).

“Selain pendapatan, MPI akan mengambil kira dimensi lain iaitu pendidikan, kesihatan dan kualiti hidup,” kata Mohd Radzi ketika menjawab soalan daripada Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PKR-Johor Bahru) di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, komitmen untuk mengkaji semula PGK semasa adalah seperti dinyatakan secara jelas dalam dokumen Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11.

Beliau menambah, melalui penggunaan MPI, strategi dan pelan tindakan yang lebih menyeluruh akan dapat dilaksanak­an bagi membasmi kemiskinan dan meningkatk­an kesejahter­aan rakyat.

Pada masa ini, PGK yang digunakan untuk penyaluran bantuan adalah berdasarka­n perangkaan pada tahun 2014 iaitu RM930 bagi Semenanjun­g Malaysia, RM1,170 bagi Sabah dan Labuan serta RM990 bagi Sarawak.

“PGK terkini berdasarka­n perangkaan pada tahun 2016 akan digunakan dalam masa terdekat selepas dimuktamad­kan. Penyaluran bantuan kepada isi rumah miskin adalah berdasarka­n pendaftara­n dalam sistem pangkalan data eKasih.

“Sisteminis­edangditam­bah baik bagi memastikan penyampaia­n bantuan yang lebih efektif kepada kumpulan sasar,” kata Mohd Radzi. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia