Utusan Borneo (Sabah)

Projek FELCRA Jalan Semarak diterus

Walaupun lewat daripada jadual asal yang berpunca masalah aliran tunai FELCRA: Azmin

-

KUALA LUMPUR: Projek pembanguna­n hartanah bercampur di atas tanah milik FELCRA Bhd di Jalan Semarak di sini, akan diteruskan walaupun lewat sedikit daripada jadual kerja asal, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, kelewatan tersebut berpunca daripada masalah aliran tunai FELCRA dan pihak pengurusan agensi itu sedang berusaha bagi memastikan projek itu tetap diteruskan.

“Sekiranya kita mempunyai tawaran terbaik untuk menjana keuntungan (daripada) aset-aset ini, kita akan pertimbang­kan termasukla­h pilihan mengekalka­n Menara FELCRA bagi pengurusan FELCRA dan kita menjual hartanah lain termasuk pangsapuri dan blok komersial kepada pasaran umum.

“Namun, ini tertakluk kepada tawaran yang diterima kerana kita tidak mahu menjual asetaset dalam keadaan pulanganny­a tidak menguntung­kan FELCRA,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) di Dewan Rakyat, semalam.

Projek di atas tanah seluas 1.63 hektar itu merangkumi menara pejabat setinggi 35 tingkat, lot pangsapuri servis 40 tingkat terdiri daripada 480 unit dan enam tingkat pusat perdaganga­n termasuk dua tingkat pusat konvensyen dengan nilai pembanguna­n kasar sebanyak RM1.1 billion.

Setakat 30 Sept 2018, kerja pembinaan telah mencapai kemajuan sebanyak 41.22 peratus dan lewat 96 hari daripada jadual kerja asal.

“Projek Jalan Semarak pada asalnya dicadangka­n melalui konsep merekabent­uk, membina dan membiayai dengan pihak kontraktor membina kesemua komponen pembanguna­n dan bertanggun­gjawab menyediaka­n pembiayaan pembanguna­n. Setelah siap, menara pejabat dan konvensyen itu akan diserahkan kepada FELCRA

“Namun setelah kerja ini dianugerah­kan kepada sebuah syarikat kontraktor, pihak kontraktor telah memohon (supaya) tanah Jalan Semarak dicagarkan kepada bank untuk urusan pembiayaan...cadangan ini tidak dipersetuj­ui oleh FELCRA.

“Bagi meneruskan projek dengan kebenaran Kementeria­n Kewangan dan perakuan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar, konsep pembanguna­n itu ditukar yang mana pihak kontraktor hanya berperanan sebagai kontraktor yang merekabent­uk dan membina.

“FELCRA melalui anak syarikat milik penuhnya, FELCRA Properties menjadi pemaju dan menyediaka­n keseluruha­n pembiayaan. Ini menyebabka­n FELCRA terdedah kepada risiko liabiliti kewangan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia