Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan disaran rangka mekanisma tingkat sumbangan dalam KWAN

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran merangka mekanisma untuk meningkatk­an sumbangan hasil industri komoditi negara terutama petroleum di dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) sekiranya harga minyak terus meningkat.

“Dengan pemulihan harga minyak kini berikutan ketegangan baharu yang berlaku di Timur Tengah, sekiranya harga minyak pulih dan mencecah AS$100 atau lebih tinggi satu tong, sebuah mekanisma sumbangan yang lebih bermakna mesti dirangka kerajaan.

“Hasil komoditi kita besar bukan sahaja melalui petroleum tetapi juga minyak sawit, maka kita boleh meletakkan hasil sawit daripada syarikat berkaitan kerajaan seperti Sime Darby dan FELDA Global Ventures untuk disalurkan ke KWAN,” kata Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Setiawangs­a).

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 di Dewan Rakyat, kelmarin.

Nik Nazmi berkata, jumlah aset KWAN setakat tahun 2016 berjumlah RM15.4 bilion.

“Kejatuhan harga minyak pada tahun 2014 ke 2016 menunjukka­n kelemahan negara dalam mengatasi kebergantu­ngan kepada sumber asli.

“Kita seharusnya meningkatk­an kadar sumbangan ke KWAN seperti Government Pension Fund of Norway. Dana Norway ini mencecah AS$1 trilion dari segi aset sedangkan hutang dan liabiliti negara kita mencecah RM1 trillion,” jelasnya.

KWAN ditubuhkan pada 18 Februari 1988 di bawah Akta KWAN 1988 dengan objektif untuk memastikan penggunaan optimum hasil sumber asli negara yang menyusut agar dapat memberi sumbangan berterusan dan stabil untuk faedah negara dan generasi akan datang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia