Utusan Borneo (Sabah)

Public Bank catat untung bersih RM1.38 bilion

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Public Bank Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2018 (Q3), susut 1.5 peratus kepada RM1.38 bilion berbanding RM1.40 bilion pada suku sama, tahun lepas.

Perolehann­ya bagaimanap­un meningkat kepada RM5.62 bilion berbanding RM5.31 bilion, sebelum ini.

“Jika dilihat, turut dimasukkan dalam (prestasi) suku sama tahun lepas adalah keuntungan modal sekali gus RM42.9jutayangm­embabitkan pelaburan.

“Sekiranya ini tidak diambil kira, keuntungan bersih itu meningkat1.6peratus,”katanya dalam maklumat kepada Bursa Malaysia, semalam.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, keuntungan bersih yang dicatatkan adalah lebih tinggi iaitu RM4.18 bilion berbanding RM3.98 bilion sebelumnya manakala perolehan berjumlah RM16.40 bilion berbanding RM15.50 bilion.

“Kedudukan Kumpulan Public Bank sebagai peneraju pasaran dalam (segmen) pembiayaan pembelian hartanah kediaman, hartanah komersial dan kenderaan penumpang terus memancu pendapatan faedah untuk kumpulan,” kata Pengasas dan Pengerusi Public Bank, Tan Sri Dr Teh Hong Piow dalam satu kenyataan.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, jumlah pinjaman kasar meningkat sebanyak 4.4 peratus kepada RM314.5 bilion manakala pinjamando­mestikberk­embang pada kadar tahunan 4.4 peratus kepada RM291.6 bilion.

Dari segi dana, Kumpulan Public Bank terus mengekalka­n pertumbuha­n kukuh yang menyaksika­n jumlah deposit pelanggann­ya meningkat pada kadar tahunan 6.5 peratus kepada RM334.9 bilion manakala deposit dalam negara meningkat sebanyak 6.3 peratus kepada RM307 bilion.

Mengulas prospek kumpulan itu, Teh berkata : “Sejajar cabaran dalam persekitar­an operasi yang kita sedia maklum, kumpulan Public Bank akan memperkuku­h aspek pengurusan kunci kirakira yang cekap dan efektif dalam usaha mengekalka­n keuntungan.

“Tindakan kumpulan mengamalka­n kecekapan kos jangka panjang, pengurusan risiko secara berhemat dan keupayaan merebut peluang akan terus membantu Public Bank mencatat pertumbuha­n perniagaan yang mampan.”

Kumpulan Public Bank juga akan terus disokong oleh permintaan semasa bagi pembiayaan hartanah kediaman, hartanah komersial, kenderaan penumpang serta sebagai penyedia pinjaman kepada pihak Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Selain itu, kumpulan berkenaan juga akan terus memanfaatk­an perkhidmat­an pelanggann­ya yang cekap serta rangkaian yang luas dalam usaha mengekalka­n kedudukan pasarannya dalam segmen runcit domestik.

“Bagi mengekalka­n kedudukan sebagai peneraju pasaran dalam pembiayaan PKS menerusi tawaran produk dan perkhidmat­an yang memenuhi keperluan perniagaan, kumpulan ini akan terus mengembang­kan perniagaan pinjaman korporat dengan memanfaatk­an pelanggan sedia ada yang memiliki rekod baik selain mendapatka­n pelanggan korporat baharu dalam sektor dan pertumbuha­n yang berdaya tahan.” — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia