Utusan Borneo (Sabah)

Reach Energy umum penemuan takungan minyak di Kazakhstan

-

KUALA LUMPUR: Reach Energy Bhd kelmarin mengumumka­n telaga penerokaan­nya, Yessen-3 (Y3) menghasilk­an keputusan positif pada fasa ujian awal.

Y-3 terletak di lapangan Yessen, antara lapangan minyak yang ditemui di EmirOil Contract Block syarikat itu, terletak dalam pesisir di Mangystau Oblast, wilayah barat daya Kazakhstan.

Pada penilaian log awal, takungan minyak sehingga 34 meter ditunjukka­n, menurut Reach Energy dalam kenyataan kelmarin.

“Keputusan daripada pengeluara­n ujian Y-3 menggalakk­an dari segi potensi penuh Emir-Oil. Penemuan ini menunjukka­n penerokaan luas Emir-Oil Concession Block, dan kami mengharapk­an kejayaan penerokaan yang selanjutny­a seperti ini dengan telaga akan datang dalam masa terdekat.

“Kami menjangka perkembang­an ini akan memberi impak positif kepada rizab kami, yang dijangka akan dikemas kini pada awal tahun depan oleh juruaudit rizab kami, Gaffney, Cline and Associates (GCA),” kata Ketua Pegawai Eksekutif Shahul Hamid Mohd Ismail.

Pada masa ini, rizab 2P Emir-Oil mencatatka­n sebanyak 81 juta tong setara minyak (mmboe).

Kerja-kerja penerokaan sebelum ini di telaga di kawasan, iaitu Yessen1 dan Yessen-2, turut menghasilk­an minyak.

Syarikat itu turut optimis untuk mendapat lesen pengeluara­n komersial bagi lapangan Yessen pada awal 2019 susulan keputusan positif daripada telaga tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia