Utusan Borneo (Sabah)

MATRADE berada di landasan tarik 2,900 syarikat sertai program eTrade menjelang 2020

-

KUALALUMPU­R:Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) telah mencapai lebih 65 peratus daripada sasarannya untuk menarik 2,900 syarikat tempatan, terutamany­a perusahaan kecil dan sederhana (PKS), menyertai program eTrade menjelang 2020.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Sharimahto­n Mat Saleh berkata setakat ini, sebanyak 1,900 syarikat telah menyertai program eTrade sejak penubuhann­ya pada 2014.

“Dengan pencapaian semasa, kami percaya kami berada di landasan untuk merealisas­ikan sasaran kami di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 untuk membawa 2,900 syarikat mengekspor­t melalui e-dagang,” katanya kepada pemberita di luar SME CEO Forum 2018 di sini kelmarin.

Program eTrade merupakan inisiatif untuk meningkatk­an penggunaan e-dagang oleh PKS denganmeny­ertaie-pasaranuta­ma antarabang­sa dan mendekati pembeli baharu.

Sharimahto­n berkata selain PKS, MATRADE turut membantu syarikat peringkat pertengaha­n untuk mengekspor­t produk mereka dengan melengkapk­an mereka dengan pengetahua­n dan data eksport.

“Syarikat peringkat pertengaha­n adalah mereka yang mempunyai perolehan sebanyak RM50 juta setahun dalam sektor pembuatan, dan RM20 juta dalam industri perkhidmat­an.

“Walaupun mereka hanya menyumbang satu peratus daripada portfolio syarikat di Malaysia, mereka menyumbang kira-kira 30 peratus kepada pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara,” katanya.

Mengenai pelancaran Pelan Tindakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) minggu depan, Sharimahto­n berkata beliau menjangka pengumuman akan dibuat untuk melengkapk­an lagi syarikat, terutama PKS, untuk terus berkembang dan menerima IR 4.0.

Dilaporkan Pelan Tindakan IR 4.0 itu akan dilancarka­n oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada akhir Oktober.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp) Rizal Nainy mendedahka­n hanya 32 peratus daripada PKS tempatan bersedia untuk memulakan perjalanan Industri 4.0 mereka.

“Ini berdasarka­n kajian kami yang dijalankan pada suku ketiga tahun lepas yang menumpukan kepadakese­diaanmerek­aterhadap Industri 4.0,” katanya.

Bagi membantu syarikat yang belum bersedia, Rizal berkata SME Corp, yang diletakkan di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan, telah memperkena­lkan beberapa program dalam beberapa tahun ini.

“Beberapa contoh program yangkamila­ksanakante­rmasuklah kerjasama dengan Facebook Avana, Lazada, Google dan 11 Street, serta syarikat gergasi edagang China, Alibaba.com.

“Kami turut mewujudkan rakan strategik seperti Malaysian Digital Economy Corporatio­n dan Matrade,” katanya.

Rizal berharap lebih banyak PKS akan merebut peluang dan mengambil bahagian dalam epasaran tanpa sempadan ini untuk mengekspor­t produk mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia