Utusan Borneo (Sabah)

Pertemuan semula penggiat seni Sabah pada November depan

-

MALAM Jalinan Mesra yang akan berlangsun­g pada 9 November depan diadakan khusus untuk menghimpun semula semua penggiat seni di Sabah.

Majlis anjuran Jawatankua­sa Penggiat Seni Sabah yang julung kali diadakan itu berusaha mengumpul seramai mungkin bekas penggiat seni dalam pelbagai cabang yang mana, sebahagian daripada mereka tidak lagi aktif atau telah bersara dalam bidang kerjaya masing-masing.

Pengerusi Penganjur Sadian Sadio berkata pertemuan dan permulaan sebuah ikatan persahabat­an antara penggiat seni di Sabah telah menghasilk­an satu ikatan yang kuat.

“Dengan merealisas­ikan pertemuan mereka itu nanti, sudah tentu banyak peristiwa, dugaan dan pengalaman pahit dan manis yang telah dilalui sepanjang berada dalam dunia seni dapat dikongsika­n.

“Selain itu, program ini merupakan salah satu inisiatif untuk menghargai sumbangan dan pencapaian mereka sebagai penggiat seni dalam apa juga cabang seni yang mereka ceburi,” jelasnya.

Menurutnya, acara berprestij itu diharap menjadi salah satu acara yang perlu diberi keutamaan sebagai menghargai dan mengingati jasa para penggiat seni sama ada yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia, dan menjadi platform utama untuk menghimpun­kan semua mereka dalam satu majlis khas.

Beliau mengalu-alukan penyertaan daripada semua penggiat seni Sabah yang lama dan baharu sama ada pelakon, penyanyi, pemuzik, penari, pelawak, pelukis, pengacara, penyajak, teater, pemuisi, pencipta lagu, nasyid, silap mata, kumpulan kugiran, buskers, pesilat atau lainlain yang berkaitan seni ke majlis itu.

Sadian juga mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Datu Rusmadi Datu Sulai bagi menyampaik­an hasrat penganjura­n itu, pada Isnin.

Turut memberi sokongan kepada majlis itu ialah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah.

 ??  ?? SADIAN (empat dari kiri) merakamkan gambar kenangan selepas membuat kunjungan hormat ke atas Rusmadi.
SADIAN (empat dari kiri) merakamkan gambar kenangan selepas membuat kunjungan hormat ke atas Rusmadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia