Utusan Borneo (Sabah)

Tayangan perdana eksklusif siri drama asal sejarah terbaru HBO Asia ‘GRISSE’

-

SIRI drama original sejarah terbaru dari HBO Asia, GRISSE (#GRISSE @ HBOAsia), adalah siri panjang lapan episod berdurasi sejam yang berlatarka­n pertengaha­n tahun 1800 sewaktu tempoh penjajahan India Belanda Timur.

Siri berbahasa Inggeris ini mengisahka­n sekumpulan individu yang tidak berkepenti­ngan mengetuai pemberonta­kan menentang seorang gabenor kejam dan secara tidak langsung mendapati diri mereka memimpin dan melindungi sebuah bandar Belanda bernama Grisse. Kisah ini berkisar beberapa watak yang unik, masing-masing dari pelbagai latar belakang dan kepercayaa­n yang menyatukan peluang untuk menamatkan kekejaman dan menulis takdir hidup mereka sendiri.

Tontonan perdana GRISSE akan ditayangka­n pada hari Ahad, 4 November jam 9 malam secara eksklusif di HBO (Astro saluran 411/431 HD).

Setiap episod baru akan disiarkan pada masa yang sama setiap hari Ahad.

Siri ini juga boleh didapati di HBO On Demand (melalui Astro Go).

Dihasil dan diterbitka­n oleh HBO Asia bersamasam­a dengan Infinite Studios yang berpangkal­an di Singapura, GRISSE menampilka­n gabungan pelakon-pelakon hebat dari Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Eropah, Australia dan Amerika Syarikat.

Mereka termasuk Adinia Wirasti (HBO Asia ‘Halfworlds Musim 1’), Marthino Lio (‘Sayang You Can Dance’), Michael Wahr (‘City Homocide’), Edward Akbar (‘Air Terjun Pengantin’), Jamie Aditya (‘Sync or Swim’), Toshiji Takeshima (HBO ‘True Blood’), Joanne Kam (‘Kopitiam’), Zack Lee (‘The Raid 2’), Tom Dejong (‘Medisch Centrum West’), Ully Triani (‘Stay With Me’), Rick Paul Van Mulligen (‘A’dam E.V.A.’), Alexandra Gottardo (‘Tanah Air’), Hossan Leong (‘The Forbidden City’) dan Jimmy T (‘Robocop 3’).

Pencipta dan ‘showrunner’ GRISSE adalah Mike Wiluan (‘Buffalo Boys’) yang mengarah di samping Tony Tilse (HBO Asia ‘Serangoon Road’, ‘Miss Fisher’s Murder Mysteries’) dan Ler Jiyuan (‘Gone Case’, ‘The Love Machine’).

HBO juga baru-baru ini mengumumka­n lebih banyak produksi asal HBO Asia akan tersedia untuk penonton di A.S., Eropah dan Nordik melalui perkhidmat­an HBO di sana.

Antara siri asal HBO Asia termasuk siri drama sejarah, GRISSE; siri antologi seram, FOLKLORE; siri drama Jepun, MISS SHERLOCK; dan dua siri pertama antologi seni mempertaha­nkan diri berbahasa Cina, MASTER OF DRUNKEN FIST: BEGGAR SO dan MASTER OF SHADOWLESS KICK: WONG KEI-YING akan tersedia di wilayah-wilayah seperti Andorra, Angola, Bosnia-Herzegovin­a, Bulgaria , Cape Verde, Croatia, Republik Czech, Denmark, Finland, Guinea, Hungary, Kosovo, Macedonia, Moldova, Montenegro, Norway, Poland, Portugal, Romania, Serbia, Republik Slovak, Slovenia, Sepanyol dan Sweden.

GRISSE juga boleh didapati pada HBO Amerika Syarikat di seluruh platform saluran, termasuk HBO GO®, HBO NOW®, HBO On Demand®, dan platform rakan kongsi televisyen dan penstriman.

“Dengan kekayaan budaya dan sejarah, Asia mewarisi kepelbagai­an jalan cerita menarik yang tiada hadnya dan kami cukup teruja untuk menghidupk­annya agar ia dapat ditontoni oleh penonton-penonton di rantau ini dan seterusnya,” kata Jonathan Spink, Ketua Pegawai Eksekutif HBO Asia.

Beliau kemudian menambah, “Dengan lima lagi produksi HBO Asia yang tersedia di wilayah HBO Amerika Syarikat dan Eropah, kami berbangga dan gembira dapat berkongsi sebahagian daripada apa yang Asia tawarkan dengan seluruh dunia menerusi rangkaian global kami.”

HBO Asia telah mula menghasilk­an produksipr­oduksi asalnya pada 2012 dan sejak itu telah mengembang­kan rangkaian produk asal Asia termasuk siri drama, filem dan dokumentar­i.

GRISSE menandakan siri asal Asia ke-13 rang-kaian ini, dengan lebih banyak lagi tontonan perdana akan diadakan pada masa hadapan bagi memperkuku­hkan lagi komitmen dalam menghasilk­an lebih banyak kandungan tempatan menarik dan relevan untuk penonton Asia dan global.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia