Utusan Borneo (Sabah)

PASTIKAN KEMAKMURAN RAKYAT

Belanjawan pertama PH dibentang Jumaat ini

-

KUALA LUMPUR: Belanjawan pertama Pakatan Harapan yang akan dibentang pada Jumaat ini akan meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih kukuh dan memastikan kemakmuran rakyat dan generasi akan datang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).

“Kita sekarang sedang dalam penyusunan semula, ia merupakan sesuatu yang perlu dilakukan untuk menyediaka­n keupayaan kita untuk menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewangan di hadapan,” katanya dalam ucaptama pada persidanga­n tahunan Persekutua­n Analisis Teknikal Antarabang­sa 2018 di sini pada Sabtu.

Perdana menteri memberi jaminan bahawa ekonomi Malaysia mampu menyerap kejutan global dan menembusi cabaran global dan ketidakpas­tian melalui dasar-dasar yang akan sentiasa menjadi mesra perniagaan dan responsif terhadap idea dan cadangan baharu.

Beliau menegaskan bahawa, kerajaan tetap yakin bahawa dasar-dasar baru akan mewujudkan asas yang lebih kukuh, keseimbang­an antara perbelanja­an berhemat dan memastikan sektor swasta diberi rangsangan yang kuat.

“Saya juga ingin memberi jaminan kepada para pelabur bahawa sebarang perubahan dasar tidak akan memudaratk­an perniagaan dan usaha mereka,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Menyentuh mengenai pasaran modal di Malaysia, Dr Mahathir berkata negara juga telah mengalami pelbagai perubahan daripada penyatuan kepada peraturan dan penyesuaia­n teknologi baharu dan teknologi yang dinaik taraf serta pengenalan penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelabur runcit dan institusi.

Beliau percaya, kecairan yang lebih besar akan memastikan pasaran modal yang berkembang maju membawa lebih banyak peniaga, pemaju sistem, ahli strategi pasaran dan lebih banyak pemain. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia