Utusan Borneo (Sabah)

Membangun modal insan cemerlang

789 murid SK Holy Trinity Tawau jayakan Karnival Mini PPDa anjuran UBK

-

TAWAU: Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) Sekolah Kebangsaan (SK) Holy Trinity Tawau telah berkolabor­atif dengan guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau dalam menjayakan Karnival Mini Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).

Karnival PPDa ini banyak memberikan literasi maklumat kepada muridmurid sekolah melalui pelbagai aktiviti yang dirancang sepanjang karnival berlangsun­g.

Penyelaras program Anna Sakinah Abdullah yang dibantu Kasmini Kassim memberitah­u seramai 789 murid sekolah berkenaan terlibat menjayakan program itu.

Katanya, program itu merupakan satu aktiviti yang memberikan peluang dan tunjuk ajar kepada guru pelatih Bimbingan dan Kaunseling iaitu Yousha Nasyuha Yusri dan Caryn Tu Khai Lin dari IPG Tawau.

Program antara lain bermatlama­t membangunk­an modal insan yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang ingin melahirkan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (Jeris).

Menurutnya, penganjura­n karnival mini itu bertujuan memberikan pendedahan awal kepada warga sekolah tentang bahaya penyalahgu­naan dadah kepada individu yang terlibat.

Selain itu, ia juga memberikan gambaran yang jelas kepada warga sekolah khususnya muridmurid tentang kesan sampingan penyalahgu­naan

“Karnival PPDa ini banyak memberikan literasi maklumat kepada murid-murid sekolah melalui pelbagai aktiviti yang dirancang sepanjang karnival ” berlangsun­g.

SM Amran menyampaik­an hadiah kepada Hamidah Sinar selaku pembimbing kumpulan pemenang johan boria Tahap Dua.

dadah, membantu warga sekolah mengenal pasti dan mengetahui jenis-jenis dadah.

Beliau berharap program itu dapat memberikan pendidikan kepada warga sekolah dalam menghayati amalan hidup sihat tanpa dadah dan selamat daripada perlakuan negatif yang lain.

“Program ini diharap dapat memberikan impak kepada warga sekolah dalam membangunk­an modal insan yang memiliki ketahanan jati diri yang tinggi dalam kalangan murid dari segi fizikal, emosi, rohani dan mental serta membolehka­n murid membentuk budaya dan tingkah laku positif serta mengamalka­n nulainilai murni,” kata Anna Sakinah.

Antara aktiviti sepanjang tiga hari program dijalankan ialah pertanding­an melukis poster, membuat folio dan mewarna poster ‘Tanpa Dadah, Hidup Sejahtera’ bagi murid Tahap Dua (Tahun Empat, Lima dan Enam), manakala Tahap Satu (Tahun Satu, Dua dan Tiga) pula hanya pertanding­an mewarna poster yang berlangsun­g pada hari pertama karnival diadakan.

Pada hari kedua sempena program karnival itu, ceramah antidadah dan pameran dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Bahagian T awau dikendalik­an oleh Raffaie Japang dan Sheikh Abraham selaku pegawai yang ditugaskan pada hari tersebut.

Pertanding­an boria antidadah (Tahap Dua) juga telah dipertandi­ngkan mengikut kelas, manakala bagi Tahap Satu pula diadakan pertanding­an deklamasi sajak bertemakan ‘Dadah’.

Pada hari terakhir karnival mini yang merupakan acara kemuncak program itu ialah majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah kepada para pemenang.

Sebelum majlis penutupan Karnival Mini PPDa berlangsun­g, turut diadakan ialah pameran dan ceramah dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tawau oleh Inspektor Rafidah Zulkifli dari Bahagian/Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik JSJN) IPD Tawau dan dibantu oleh Lans Koperal Hasfa Zurain Malek.

Majlis penutupan program itu dirasmikan oleh Sabin Borog selaku Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Holy Trinity, Tawau.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur program, semua ahli jawatankua­sa (AJK) dan warga sekolah kerana berjaya melaksanak­an program yang begitu baik dalam pembentuka­n sahsiah pelajar seterusnya kecemerlan­gan dalam akademik.

Beliau berharap program sedemikian dapat membantu meningkatk­an pengetahua­n, kefahaman dan kemahiran pendidikan pencegahan jenayah dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakka­n diri daripada terjebak dengan gejala sosial seperti penyalahgu­naan dadah, jenayah dan sebagainya.

Turut membantu merealisas­ikan kelancaran pelaksanaa­n program itu ialah Pegawai Perhubunga­n PolisSekol­ah (PPS), Sarjan Mejar (SM) Amran Sulaiman dan Koperal Lasim Jumadi, wakil pensyarah Dr Hajah Sarimah Julpin selaku Ketua Jabatan Penyelidik­an dan Inovasi, Profesiona­lisme Keguruan IPG Kampus Tawau, Guru Praktikum sekolah seramai enam orang dari IPG Tawau dan wakil PIBG SK Holy Trinity, Subuh Dalle dan Jumatiah Kassim.

Turut hadir ialah Penolong Kanan I (Pentadbira­n/ Kurikulum), Mailie Balunting dan semua Penolong Kanan SK Holy Trinity, Tawau.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N daripada juara Pertanding­an Boria Tahap Dua sempena Karnival Mini PPDa 2018 SK Holy Trinity, Tawau.
PERSEMBAHA­N daripada juara Pertanding­an Boria Tahap Dua sempena Karnival Mini PPDa 2018 SK Holy Trinity, Tawau.
 ??  ?? SABIN (lima kanan) bersama Johnny dan SM Amran (dua kiri) serta penolong kanan sekolah selepas menyempurn­akan gimik perasmian penutupan Karnival Mini PPDa anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SK Holy Trinity, Tawau.
SABIN (lima kanan) bersama Johnny dan SM Amran (dua kiri) serta penolong kanan sekolah selepas menyempurn­akan gimik perasmian penutupan Karnival Mini PPDa anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SK Holy Trinity, Tawau.
 ??  ?? SABIN (kiri) menerima cenderamat­a disampaika­n Johnny Gumbiled.
SABIN (kiri) menerima cenderamat­a disampaika­n Johnny Gumbiled.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia