Utusan Borneo (Sabah)

Polis Sepanyol tahan tujuh suspek jual tiket palsu

-

MADRID: Pihak polis Sepanyol telah mengumumka­n penahanan tujuh suspek kelmarin dalam satu penipuan tiket palsu yang menyebabka­n kerugian terhadap kelab bola sepak Barcelona sebanyak 1.5 juta euro.

Penipu tersebut telah menjual lebih dari 2,800 keping tiket palsu bagi satu perlawanan di antara Barcelona dan Real Madrid pada Mei lepas, di stadium camp Nou di Barcelona.

Sekurang-kurangnya lapan perniagaan telah terlibat dalam penipuan, menurut satu kenyataan dari pihak polis Guardia Civil.

Mereka telah memiliki kod QR (Quick Response) bagi peminat kelab Barcelona, satu jenis bagi mengenal pasti kod, untuk menghasilk­an tiket palsu dan menjualnya pada harga yang lebih rendah, menurut kenyataan tersebut.

Barcelona telah menghentik­an akaun pelanggan yang terlibat dan 33 daripada mereka didapati pernah menggunaka­n cara serupa sebelum ini, di mana pembelian mereka telah dibatalkan sepenuhnya.

Pihak berkuasa telah melakukan serbuan di 12 alamat kelmarin, pejabat dan kediaman beberapa suspek, kebanyakan di Barcelona, menurut polis. Satu kenyataan polis terkini bagaimanap­un telah menapis jumlah orang yang ditangkap dari sepuluh kepada tujuh orang.

Pihak penyiasat perlu untuk memutuskan setakat mana penglibata­n pihak syarikat tersebut dalam penipuan, sebelum memutuskan sama ada untuk mengemukak­an dakwaan bagi “organisasi jenayah”.

Barcelona telah menyeru bagi satu penamat bagi penipuan oleh “mafia terancang” dan perniagaan, dalam satu kenyataan yang dihantar dalam laman sesawangny­a kelmarin. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia