Utusan Borneo (Sabah)

27 pesertai sertai Kursus Pengadil Badminton Kebangsaan

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Seramai 27 peserta menyertai Kursus Pengadil Badminton Kebangsaan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) selama dua hari bermula Sabtu.

Majoriti peserta terdiri daripada guru sekolah dari Pitas, Ranau, Tuaran, Keningau, Kota Kinabalu dan beberapa daerah pedalaman.

Fasilitato­r kursus itu, Datuk Sir Anthony Lingggian berkata, sambutan mengalakka­n di samping pentingnya program seumpama itu dalam pembanguna­n sukan badminton negeri ini telah membawanya dijadikan sebagai program tahunan Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS).

Pengerusi LSNS, Datuk Louis Rampas berkata demkian ketika merasmikan kursus anjuran LSNS dengan kerjasama Persatuan Badminton Sabah (SBA) itu pada Sabtu.

Turut bersama pada majlis perasmian adalah Setiausah SBA Steve Jay dan Pengurus KSKK Wilfred Benedict Young.

Antara objektif utama kursus itu adalah mempromosi­kan dan usaha melahirkan pengadil bertaraf dunia.

Selain membentang­kan beberapa kertas kerja, Anthony yang juga bekas pengadil Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) dari Sabah juga berkongsik­an pengalaman­nya semasa bertugas sebagai pengadil di peringkat antarabang­sa.

Antara kertas kerja yang dibentangk­annya adalah Undang-Undang Terkini Badminton, Arahan Kepada Pegawai Teknikal, Peraturan Am pertanding­an BWF, Panduan Laporan Keputusan, Unidan Dan Video serta Mengoptima­kan Jadual Kerja.

“Ilmu yang saya sampaikan dalam kursus ini bertujuan membekalka­n peserta atau pengadil panduan bagi memperting­katkan kemajuan sekaligus mewujudkan tahap pengadilan yang lebih konsisten dalam apa juga peringkat kejohanan,” kata Anthony.

Beliau berkata, peserta juga menjalani latihan praktikal dan selain kesedaran mengenai pemain, jurulatih, penonton dan penaja dalam sukan badminton.

 ??  ?? PESERTA Kursus Pengadil Badminton Kebangsaan bergambar bersama Louis (duduk ditengah). Turut bersama adalah Anthony (duduk dua dari kanan), Steve (duduk dua dari kiri) dan Wilfred (duduk di kanan).
PESERTA Kursus Pengadil Badminton Kebangsaan bergambar bersama Louis (duduk ditengah). Turut bersama adalah Anthony (duduk dua dari kanan), Steve (duduk dua dari kiri) dan Wilfred (duduk di kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia