Utusan Borneo (Sabah)

Jamdin cerita penglibata­n bidang drama

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

NAMA Datuk Haji Jamdin Buyong mungkin lebih terkenal sebagai penyair atau penulis. Selain itu, beliau juga memiliki nama yang masyhur sebagai seorang tokoh pengkaji sejarah yang gigih, pencinta bahasa dan sastera yang komited dalam perjuangan­nya.

Dalam perkhidmat­an kerajaan, beliau pernah menjadi Ketua Biro Bahasa Malaysia di Jabatan Ketua Menteri, Setiausaha Lembaga Peperiksaa­n, Pengarah Muzium Negeri Sabah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Pengarah Jabatan Cetak Kerajaan dan kemudian menjadi Ahli Suruhanjay­a Pilihanray­a (SPR).

Selain itu, beliau juga pernah juruhebah radio dan pembaca berita dan pernah juga pernah Ketua Editor Bahasa Melayu di beberapa akhbar tempatan.

Tetapi jarang yang tahu penglibata­n beliau dalam bidang drama. Ketika pertemuan kami di Sinar Mustika, Putatan bersama Datuk Haji Hussain Kassau, Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah Sukor Haji Usin atau Hasyuda Abadi, penulis Ali Karim dan seniman Mat Congo, Datuk Haji Jamdin Buyong bercerita mengenai pengalaman­nya dalam bidang drama.

Datuk Jamdin mula berlakon sebagai pelakon utama drama pentas Ratapan Ibu karya dan arahan Mohd Tahir Abd Hamid atau Kisnawati . Drama pentas itu dipentaska­n di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, panggung wayang di Menggatal, Kinarut dan Papar pada tahun 1961 . Tujuannya untuk mengisi tabung pembinaan madrasah dan Masjid Putatan.

Pelakon lain ialah Jamilah Amin, Hashim Yunus dan lain-lain.Drama Ratapan Ibu ini adalah anjuran Persatuan Islam Putatan (PIP). Pengurus program ialah Mujapandi atau Mohd Jad Pandekar. Hasil yang diperolehi agak memuaskan kecuali di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Hanya ada dua baris penonton yang menyaksika­n pertunjuka­n itu, kenangnya. Selesai pertunjuka­n kami makan soto, rojak, di restoran berdekatan. Ketika itu, harga semangkuk soto atau rojak hanya sekitar 50 sen satu.

“Selepas ditolak belanja, baki hasil hanya RM1.80 sen,” katanya tertawa.

“Pada tahun 1964,saya tulis dan arahkan drama pentas Bajau 6, pertama kali dalam bahasa Bajau. Drama ini dipentaska­n di Putatan, panggung Menggatal, Kinarut dan Papar. Sambutan penuh sesak, dua kali di Menggatal. Enam anggota rombongan pengsan kena buatan orang. Pelakon utama ialah Datuk Haji Uda Sulai, Hajah Nani Abah. Pelakon tambahan ialah Mohamad Mantarin, Masri Idris dan dan lain-lain. Penolong Pengarah Jumahat Miasin manakala ketua rombongan Mohd Jad.

Satu lagi drama yang beliau arahkan ialah drama Mat Salleh pada tahun 1973.

“Pada tahun 1973, saya tulis dan arahkan drama Mat Salleh dalam pementasan perdana di Dewan Masyarakat KK. Sambutan penuh sesak. Pelakon utama ialah Sulaiman Haji Arshad sebagai Mat Salleh. Manakala penolong pengarah ialah Herman Noor Ayub. Drama ini anjuran Bahasa manakala VIP ialah Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai, ketika itu bertugas sebagai Menteri Belia dan Sukan,” kata penulis yang juga sejarahwan itu. Selepas dipentaska­n, drama Mat Salleh dan dirakam dan disiarkan oleh rangkaian 3 TV Sabah.

“Babak lakonan serangan dan pembakaran Pulau Gaya kami buat di Pantai Meruntum Putatan. Itulah filem sejarah hitam putih pertama dilakonkan dn diarahkan oleh anak tempatan pada 1973.

“Kualitinya memanglah rendah kata Jamdin sambil menjelaska­n kegiatan drama zaman itu, tidak ada bajet daripada penganjur. Pakaian dan peralatan pandai-pandai sendiri. Semasa pementasan Mat Salleh, kami pinjam senjata dari Muzium Sabah,” katanya.

“Kami buat persembaha­n di luar daerah, belanja makan ditampung oleh anggota kumpulan yang ada kerja. Ada juga rombongan yang masak sendiri dengan membeli beras, ikan kering, dan sayur sangkuk manis.Orang yang paling sibuk dan keluar duit belanja ialah ialah Mujapandi atau Mohd Jad Pandikar, Madiah Ahmad Mus, Rashid Ahmad iaitu anggota AJK Persatuan Islam Putatan.

“Selepas mengarah drama, saya jadi Presiden Badan Drama Sabah dengan Ismail Abbas sebagai Setiausaha­nya.

“Masa itu, saya tidak lagi aktif, tapi saya ketuai kumpulan tarian Dang

JAMDIN bersama Hussain Kassau di muzium mininya di Putatan.

Bandang di bawah Bahasa yang beberapa kali jadi juara Sabah. Lepas itu, saya hanya berperanan sebagai Pengerusi Panel Hakim Pesta Drama Sabah dan penasihat beberapa badan drama,” katanya.

Itulah antara kenangan manis Datuk Jamdin Buyong ketika bermain dan aktif dalam pementasan drama.

 ??  ??
 ??  ?? JAMDIN
JAMDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia