Utusan Borneo (Sabah)

Operasi kesan bangkai pesawat Lion Air, mayat jalani ujian DNA

-

JAKARTA: Operasi mengesan bangkai pesawat Lion Air masih berterusan setakat tengah hari Selasa dengan tumpuan pencarian oleh pasukan penyelam.

Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolonga­n Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi berkata sebanyak 35 penyelam kini melakukan pencarian di perairan Tanjung Karawang, lokasi kapal itu terhempas di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628, selepas pesawat itu berlepas 6.20 pagi Isnin dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

“Kedalaman perairan itu hanya 35 meter, kami mengharapk­an dapat segera menemukan bangkai pesawat itu,” katanya.

Operasi pencarian itu turut melibatkan pasukan tentera, polis dan Basarnas yang menggunaka­n 19 kapal dan tiga helikopter.

Menurut laporan media Indonesia, permukaan berlumpur di perairan itu menyukarka­n proses pencarian bangkai pesawat berkenaan.

Sementara itu Ketua Pusat Kedokteran Kesehatan Polis Indonesia (Polri) Brig Jen Dr Arthur Tampi menjelaska­n mayat penumpang yang ditemukan setakat ini semuanya dalam keadaan tidak sempurna.

“Bukannya 24 jenazah, mungkin lebih dari itu, yang dihantar ke hospital adalah 24 kantung (bungkusan) jenazah (berisi anggotaang­gota badan). Jenazah yang ditemukan tidak sempurna,” katanya.

Beliau berkata pihak berkuasa setakat ini telah mendapatka­n 80 profil asid deoksiribo­nukleik (DNA) daripada anggota keluarga penumpang.

“Setakat 1 tengah hari Selasa belum dapat diidentifi­kasikan lagi jenazah terbabit, kami akan lakukan secepat mungkin, jenazah akan diserahkan kepada keluarga mangsa selepas dikenal pasti menerusi ujian DNA ini,” katanya. -Bernama

 ?? GambarAFP ?? PENGAMAL media merakam serpihan barangan dan bangkai pesawat Lion Air yang terhempas di laut pada Isnin. Operasi mengesan bangkai pesawat dan mayat penumpang masih diteruskan.
GambarAFP PENGAMAL media merakam serpihan barangan dan bangkai pesawat Lion Air yang terhempas di laut pada Isnin. Operasi mengesan bangkai pesawat dan mayat penumpang masih diteruskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia