Utusan Borneo (Sabah)

‘Lelengau Ke Nuan’ juara ACSJ Kelima tahun 2018

- Oleh AGNES TUGONG

LAGU ‘Lelengau Ke Nuan’ dari penyanyi Karen Libau dinobatkan sebagai juara Anugerah Carta Sapa Juara (ACSJ) Kelima bagi tahun 2018.

Persembaha­n akhir bagi penentuan juara berlangsun­g di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di Betong malam Ahad.

Selaku juara, Karen membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10 ribu beserta sebuah trofi.

Manakala naib juara disandang penyanyi Mattheus Akun Balang menerusi lagu berjudul ‘Sampi’ dan membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 beserta trofi.

Tempat ketiga pula disandang oleh penyanyi Fereny Minea dengan lagunya ‘Lepas ke Aku Pegi’ serta membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi.

Bagi kategori vokal terbaik pula dimenangi

menjulang trofi juara Anugerah Carta Sapa Juara (ACSJ) Kelima di Betong malam Sabtu lepas. Turut kelihatan Rentap (kiri Karen), para pemenang dan finalis serta tetamu jemputan yang lain.

oleh penyanyi Eisner Nala menerusi lagu ‘Jalai Pengerindu Tua’ dan menerima hadiah wang tunai RM3,000 beserta trofi.

Kategori persembaha­n terbaik dimenangi Mark Benet manakala kategori lirik lagu terbaik dimenangi Alvin Michael menerusi lagunya yang berjudul ‘Lantang Menua’.

Mark yang membawa lagu ‘Asal Jadi’ menerima hadiah wang tunai RM2,000 beserta trofi manakala Alvin menerima hadiah wang tunai RM500 beserta trofi.

ACSJ Kelima merupakan anjuran Jabatan Penyiaran Negeri Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Betong dan menampilka­n seramai 11 finalis.

Pemilihan finalis yang layak ke ACSJ adalah menerusi rancangan Carta Lagu Iban terbitan WAIfm Iban.

Anugerah ini adalah bagi memartabat­kan lagi industri muzik Iban serta memupuk semangat daya saing serta kreativiti pemuzik tempatan.

Finalis lain termasukla­h Linda menerusi lagu ‘Dirantai Pengerindu’, Louis Bennet (Martina), Joyce Menti dan Joseph Dresa (Pangan Antara Menua), Rickie Andrewson (Penyayau Enda Lela) dan Kunatak Band (Ngejang Pegi).

Hadiah telah disampaika­n oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Gerald Rentap Jabu mewakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

 ??  ?? KAREN
KAREN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia