Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan jangan terlalu teruja tandatanga­n perjanjian antarabang­sa

-

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutua­n digesa supaya tidak terlalu teruja dalam menandatan­gani sebarang perjanjian antarabang­sa tanpa membuat kajian secara menyeluruh dan impaknya terhadap rakyat.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata proses ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) akan memberi kesan bukan sahaja terhadap orang Melayu, malah turut membabitka­n kaum lain.

“Malah, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Umno, Pas, MCAdanMICj­ugakenadih­aramkan kerana ia parti berdasarka­n kaum, itu dari segi politik.

“Dari segi institusi pula, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Permodalan Nasional Berhad (PNB), mungkin Tabung Haji juga (akan diharamkan) kerana ia untuk orang Islam sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar dewan sempena persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Selasa.

Mengulas lanjut, Md Alwi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas berkata kerajaan pernah melakukan kesilapan dengan menandatan­gani satu perjanjian antarabang­sa yang mengharamk­an penanaman tembakau.

“Akhirnya Kelantan yang menderita paling banyak apabila ramai penanam tembakau kehilangan pekerjaan mereka. Walaupun Lembaga Tembakau Negara (LTN) ditukar kepada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) namun ia masih tidak dapat membantu penanam tebakau.

“Kita tak tahu mana nak letak penanam tembakau kita pada masa itu. Kita telah buat kesilapan itu… itu kecil sahaja dari segi pendapatan. Tapi ICERD ini melibatkan maruah kita, bangsa kita, negara kita,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia