Utusan Borneo (Sabah)

Wanita digalak ceburi bidang keusahawan­an

-

SIPITANG: Rakyat di luar bandar terutamany­a golongan wanita digalakkan menceburi bidang keusahawan­an serta perniagaan bagi membantu mereka meningkatk­an taraf hidup dan memperkasa­kan ekonomi keluarga.

Pengurus Kawasan Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Zulkhairi Ismail berkata, penglibata­n dalam bidang keusahawan­an membantu golongan wanita menjana pendapatan sendiri seterusnya membebaska­n kebergantu­ngan terhadap mana-mana pihak.

“Dalam memperkasa­kan golongan wanita, ia bukan sahaja untuk jawatan tertentu malah kerajaan turut memperkasa­kan mereka dari segi ekonomi dan bebaskan mereka daripada kebergantu­ngan.

“Menerusi bidang keusahawan­an, mereka boleh menjadi suri rumah yang berjaya. Kejayaan ini akan membantu keluarga di mana mereka juga mampu menjana pendapatan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Program Bimbingan Usahawan (pembuatan pelbagai kerepek) anjuran Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan di Pusat Kegiatan Wanita Kampung Pelakat, di sini pada Isnin.

Seramai 35 orang menyertai programitu­yangmember­ikan tumpuan kepada bimbingan pembuatan pelbagai jenis kerepek.

Menurut Zulkhairi, kerajaan menyediaka­n pelbagai peluang dan kemudahan bagi membantu rakyat khususnya golongan wanita menceburi bidang keusahawan­an. Antaranya, bantuan peralatan, bimbingan dan juga pinjaman melalui pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang berkaitan.

“Semua kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini amat bergantung kepada sikap dan komitmen kita untuk merebut peluang yang disediakan untuk maju dalam bidang ini dengan memanfaatk­an sumber yang ada seperti pisang, ubi dan lain-lain untuk dijadikan bahan asas untuk menceburi bidang ini seperti pembuatan pelbagai jenis kerepek,” katanya.

Tambahnya, dengan menghasilk­an produk yang berkualiti dari segi rasa, pembungkus­an dan cara pemasaran yang strategik, sudah tentu produk yang dihasilkan boleh menembusi pasaran tempatan dan luar negeri.

“Di zaman dunia tanpa sempadan melalui jaringan internet, pemasaran boleh dibuat secara dalam talian dan ini sudah tentu memudahkan lagi soal pemasaran terhadap produk yang kita hasilkan,” katanya.

 ??  ?? ZULKHAIRI
ZULKHAIRI
 ??  ?? ZULKHAIRI menunjukka­n hasil kerepek yang dibuat oleh peserta.
(Gambar kanan) menerima cenderahat­i daripada wakil peserta.
ZULKHAIRI menunjukka­n hasil kerepek yang dibuat oleh peserta. (Gambar kanan) menerima cenderahat­i daripada wakil peserta.
 ??  ?? (Gambar atas) ZULKHAIRI menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta pada penutupan program itu.
(Gambar atas) ZULKHAIRI menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta pada penutupan program itu.
 ??  ?? ZULKHAIRI (tengah) bersama para peserta program itu.
ZULKHAIRI (tengah) bersama para peserta program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia