Utusan Borneo (Sabah)

CHINA LABUR RM8 BILION

Bina marina dan resort di Pulau Kuraman, wujud 10,000 pekerjaan

-

LABUAN: Pelabur China dijangka membelanja­kan sebanyak RM8 bilion untuk membangunk­an sebuah marina dan resort di Pulau Kuraman dan projek ini bakal mewujudkan 10,000 pekerjaan.

Pembinaan membabitka­n kawasan perhotelan, kediaman dan komersil seluas 147 hektar dan akan dimulakan pada awal tahun depan, jika semuanya berjalan lancar.

Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Seri Amir Hussien berkata, projek itu terkandung dalam pelan induk 10 tahun dari 2019 dan ia, dijangka memberi kesan pengganda sebanyak RM1 bilion bagi Labuan serta mampu menarik sekurang-kurangnya 800,000 kedatangan pelancong pada setiap tahun.

“Projek ini akan menyampaik­an kesan positif ke atas ekonomi domestik dan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Media Labuan.

Ia merangkumi 16 hotel bertaraf tiga hingga enam bintang, kawasan bandar pelanconga­n, pangsapuri, kondominiu­m, marina antarabang­sa, pusat kesihatan, taman tema air laut, lagun dan restoran makanan laut.

“Turut dibina adalah tiga pulau buatan manusia yang dikenali sebagai Kuraman 2, 3 dan 4 yang akan dibina secara berperingk­at di sekitar Pulau Kuraman serta dijangka siap pada 2029,” katanya.

Keempat-empat pulau itu akan dijadikan ‘Cancun’ Timur Jauh selepas siapnya semua kemudahan, ia bagaimanap­un akan melalui proses Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi mengukur kesan ke atas Taman Laut Labuan.

“Butir-butir projek akan dibentangk­an kepada Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, kita secara prinsipnya, telah bersetuju tetapi sudah tentu, ada banyak isu-isu teknikal yang perlu diselesaik­an,” katanya.

Program seperti pemulihara­an terumbu karang juga akan dijalankan semasa dan selepas pembinaan, bagi memastikan taman laut itu dilindungi dan dipertingk­atkan lagi di bawah pentadbira­n Perbadanan Labuan.

Isu-isu lain seperti pengurusan sisa, pembekalan tenaga dan air bersih ke kawasan projek juga akan diperhalus­i bagi mengikuti amalan antarabang­sa yang terbaik.

Satu permohonan Arahan Pembanguna­n akan dikemukaka­n kepada Perbadanan Labuan, sebuah pihak berkuasa tempatan di bawah Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, manakala semua pematuhan teknikal perlu dipenuhi selepas Perbadanan Labuan memberi kelulusan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia