Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan harap projek utama negeri dipertimba­ng dalam Bajet 2019

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri berharap projek-projek utama yang disenaraik­an mendapat pertimbang­an oleh kerajaan Pusat dalam Bajet 2019 yang dibentangk­an hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagaimanap­un tidak mengharapk­an kesemua projek diluluskan, ekoran menyedari masalah kewangan negara yang juga perlu diambil kira.

“Kita akan lihat esok hari (hari ini) di mana saya juga berada di sana (Parlimen)... sudah tentu pertimbang­an sewajarnya perlu kita ambil mengikut keadaan ekonomi yang terhad.

“Projek yang diberi keutamaan seperti aspek pendidikan, keselamata­n dan pembanguna­n infrastruk­tur di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pameran Khas ‘Dirgahayu Tuan Yang Terutama (TYT)’ dan ‘Muzik Retro Sabah Era 60-an dan 70-an’ sempena perayaan Hari Jadi rasmi TYT Tun Juhar Mahiruddin ke-65, di sini pada Khamis.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Jaujan Sambakong.

Dalam pada itu, Shafie meminta Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menyiasat dan mengesan setiap pergerakan mencurigak­an di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Bagaimanap­un katanya, Esscom memberi jaminan akan meningkatk­an langkah-langkah pengawasan kawasan persempada­nan yang ada.

“Saya mahu memastikan mereka sentiasa bersiap siaga untuk meningkatk­an rondaan di kawasan perairan.

“Pelancong dan penduduk tempatan juga perlu diingatkan supaya tidak menggunaka­n perairan ini untuk memastikan keselamata­n mereka terjamin,” katanya.

Terdahulu, laporan portal berita dalam talian, Marine Link mendakwa 10 ahli kumpulan pengganas Abu Sayyaf merancang melakukan aktiviti penculikan di kawasan terpencil di Sabah.

Laporan itu menyatakan Pusat Perkongsia­n Maklumat (ISC) Pusat Perjanjian Kerjasama Wilayah Memerangi Lanun dan Rompakan Ke Atas Kapal Asia (ReCAAP) menerima maklumat itu daripada pasukan keselamata­n Filipina, barubaru ini.

Menurut laporan itu lagi, kumpulan penculik terbabit menyasarka­n ahli perniagaan atau kru kapal asing yang melalui kawasan perairan terutama di timur Sabah dan Sulu, Filipina.

 ??  ??
 ??  ?? JUHAR merasmikan Pameran Khas ‘Dirgahayu TYT’ di Kompleks Muzium Negeri Sabah. Turut kelihatan Shafie (empat kiri), Jaujan (tiga kiri) dan Timbalan Speaker Datuk Ahmad Rahman (dua kiri).
JUHAR merasmikan Pameran Khas ‘Dirgahayu TYT’ di Kompleks Muzium Negeri Sabah. Turut kelihatan Shafie (empat kiri), Jaujan (tiga kiri) dan Timbalan Speaker Datuk Ahmad Rahman (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia