Utusan Borneo (Sabah)

Kapal induk mampu tingkat keselamata­n

-

KOTA KINABALU: Kapal induk mampu membantu meningkatk­an kawalan keselamata­n di perairan negara.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia(APMM)Laksamana Madya (M) Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata dengan adanya kapal sedemikian, APMM dapat mengawasi kawasan yang lebih luas dengan jarak 140 batu nautika.

“Kapal induk ini boleh membawa sekarangku­rangnya enam bot dan menggunaka­n pesawat tanpa pemandu atau ‘unmanned aerial vehicle’ yang dapat mengawal kawasan pada radius 50 batu,” jelasnya.

Katanya, penggunaan kapal induk berharga RM250 hingga RM300 juta berkenaan turut dapat membantu membantera­s kecurian hasil perikanan negara yang mengalami kerugian mencecah RM3 bilion hingga RM6 bilion setahun.

“Kini APMM bekerjasam­a erat dengan Jabatan Perikanan dan Jabatan Laut bagi memantau masalah penceroboh­an nelayan asing terutamany­a dari Vietnam yang dibantu oleh rakanrakan mereka yang bekerja di bot tempatan.

“Antara lokasi yang menjadi sasaran nelayan-nelayan asing ini adalah di pantai timur Semenanjun­g Malaysia, Sarawak dan Sabah.

“Kita akan melaksanak­an penguatkua­saan yang menyeluruh dan memastikan aset-aset APMM bersedia serta beroperasi di laut untuk menjaga dan mengawal keselamata­n negara,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di sini pada Khamis.

Dalam kunjungan itu, Zulkifli memperkena­lkan Pengarah APMM Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan baharu, Laksamana Muda (M) Kamaruszam­an Abu Hassan yang menggantik­an Laksamana (M) Datuk Mohd Zubil Mat Som, yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) di ibu pejabat APMM Putrajaya pada 15 Oktober lalu.

 ??  ?? ZULKIFLI (dua dari kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Shafie (kanan) sambil diperhatik­an oleh Kamaruszam­an (kiri) dan Mohd Zubil (dua dari kiri).
ZULKIFLI (dua dari kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Shafie (kanan) sambil diperhatik­an oleh Kamaruszam­an (kiri) dan Mohd Zubil (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia