Utusan Borneo (Sabah)

Rumitkan banyak pihak, syarat tubuh pusat asuhan perlu dipinda

-

SHAH ALAM: Kerajaan persekutua­n dan pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran meminda beberapa syarat yang ditetapkan untuk menubuhkan pusat asuhan kerana didapati merumitkan banyak pihak.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdaya­an Wanita Dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata ini kerana, penubuhan pusat taska khususnya di kawasan perumahan dilihat sukar untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh PBT.

“Jika pengusaha mahu mendirikan taska di kawasan perumahan, mereka perlu mendapat kelulusan daripada semua kejiranan yang menyatakan mereka bersetuju, jika tidak taska itu tidak dapat dibuka.

“Jadi perkara sebeginila­h yang memerlukan pindaan bagi memudahkan proses untuk membuka taska atau pusat asuhan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menutup program Rejuvenasi Taska Tempat Kerja Peringkat Negeri Selangor di sini, Khamis.

Program itu dilaksanak­an bagi merealisas­ikan amanat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Julai lalu yang mahu semua agensi dan jabatan kerajaan mewujudkan taska di tempat kerja masingmasi­ng bermula Januari tahun hadapan.

Dr Siti Mariah dalam pada itu menyeru semua agensi kerajaan dan majikan swasta di Selangor supaya menubuhkan taska di tempat kerja masing-masing bagi memastikan kanak-kanak berusia bawah empat tahun mendapat asuhan serta didikan awal yang berkualiti.

“Kami mahu taska ini lebih dekat dengan penjawat awam untuk menjamin keselamata­n anak dan memudahkan urusan mereka serta meningkatk­an produktivi­ti pekerja terutamany­a wanita yang berkeluarg­a di Selangor,” katanya.

Mengulas mengenai program rejuvenasi itu pula, beliau berharap penganjura­nnya dapat memberi suntikan semangat dan panduan kepada setiap ketua jabatan serta majikan swasta dalam merealisas­ikan penubuhan taska di tempat kerja masing-masing.

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat bersedia untuk memberikan latihan kepada semua ketua jabatan dan majikan dalam menjayakan penubuhan taska di tempat kerja selepas ini. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia