Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan tuntut pembaharua­n diri dengan ilmu

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Menteri Belia dan Sukan yang juga Adun Tanjung Papat Datuk Frankie Poon berkata pendidikan menuntut untuk sentiasa memperbaha­rui diri dengan ilmu dan tekad yang baharu pada setiap masa.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar para pelajar sentiasa merebut semua peluang yang ada untuk terus belajar dan menambah ilmu agar relevan dengan perubahan dan peredaran zaman.

Katanya, maklumat bukan sahaja diperoleh daripada komputer malah sekarang lebih pantas dengan adanya telefon pintar.

“Dalam masa yang sama, saya berharap hubungan erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa dapat merealisas­ikan hasrat sesebuah sekolah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang.

“Malah, mampu membangunk­an modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, keperibadi­an mulia, berpengeta­huan dan berkemahir­an tinggi serta berdaya saing. Sebenarnya, tidak ada jalan pintas untuk mencapai kemajuan dan kejayaan melainkan berkerja keras. Kejayaan tidak akan datang dengan sendiri tanpa usaha yang gigih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan dan Konvokesye­n SM St Michael di Dewan Gereja St Michael, di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Sekolah Datuk Thomas Lau, Pengetua SM St Michael Henley Liew dan Yang Dipertua PIBG Lim Kai Min.

Dalam pada itu, Poon turut mengingatk­an para pelajar bahawa walau secanggih mana kehidupan, adat dan budaya hasil peninggala­n nenek moyang perlu dipupuk dan diamalkan.

Beliau juga menyeru para pelajar agar sentiasa saling menghormat­i memandangk­an rakyat terdiri daripada pelbagai keturunan, budaya dan kepercayaa­n.

 ??  ?? POON ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan dan Konvokesye­n SM St Michael.
POON ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan dan Konvokesye­n SM St Michael.
 ??  ?? POON menyampaik­an sijil kepada salah seorang pelajar cemerlang.
POON menyampaik­an sijil kepada salah seorang pelajar cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia