Utusan Borneo (Sabah)

24 lantikan Ahli Majlis MPT

Perlihat perubahan besar-besaran

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pelantikan 24 Ahli Majlis/ Kaunselor Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) menyaksika­n perubahan besar-besaran apabila hanya dua muka lama dilantik, manakala 22 lagi orang baharu di Dewan Sri Tawau, di sini pada Khamis.

Dua muka lama yang dikekalkan untuk sesi 2018/ 2020 terdiri daripada Naimah @ Dayang Maidin dan Ahmed Tapa, selain beberapa bekas pegawai MPT yang bersara.

Dua bekas pegawai MPT berpengala­man dalam pentadbira­n pihak berkuasa tempatan yang dilantik ialah bekas Setiausaha MPT Khanizman Fakir Mohd dan Ahmad Puniman

Selain Naimah, Ahmed, Khanizman dan Ahmad , turut dilantik Koh Kian Leong, Samsuri Baharuddin, Robert Pengai, Vincent Fung Sze Zack, Lucy Lo Shu Fun dan Damat Taboyo.

Begitu juga, Vun Kon Pau @ Henry Vun, Odesfruddi­n Lamusa, Kamnran Mohammajan, Musleh Muhammad, Datuk Chin Shee Syn, Yap Wui Lip dan Liew Chin Yee.

Mereka yang lain, Mohd Razif Nizam Abdullah, Zarina Ismail, Abdul Gani Zelika, Hacho Darman, Ho Wan Pin @ Ho Hon Pin, Rosnaiani Herman Hussin dan Christy Fe Salazar.

Seramai 12 Ahli Majlis Bersekutu (AMB) turut dilantik pada penggal kali ini yang terdiri daripada Suhurani Sammani, Andy Zsulkarnae­n Masaripi dan Amir Husin Abdul Jalil.

Serta, Mark Rosaidey Mohd Amin, Noorfazila­h Arshad, Jalal Epit, Abdurahman Sudin,JumadilIgg­oh,Hanisah Gemok, Arif Nurdin, Koo Hung Eow dan Ir. Lo Chong Chun.

Presiden MPT Alijus Sipil berkata AMB boleh membantu memberi pandangan atau cadangan kepada MPT namun tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.

“Sebenarnya, sebelum ini AMB terdiri daripada pengamal profesiona­l seperti arkitek dan sebagainya tetapi bukan memainkan peranan seperti Ahli Majlis Tetap,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berharap Ahli Majlis dilantik dapat membangunk­an Daerah Tawau.

“Ahli Majlis MPT mempunyai satu tanggungja­wab yang besar kerana perlu menjaga dua kawasan Parlimen serta enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Untuk rekod, kawasan pentadbira­n MPT merangkumi Parlimen Tawau dan Kalabakan yang meliputi enam DUN iaitu Sri Tanjung, Balung, Apas, Sebatik, Merotai dan Tg Batu.

“Ahli Majlis MPT mempunyai satu tanggungja­wab yang besar kerana perlu menjaga dua kawasan Parlimen serta enam ” kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). DATUK CHRISTINA LIEW Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

 ??  ?? SERAMAI Ahli Majlis Tetap dan Ahli Majlis Bersekutu MPT dilantik untuk penggal 2018/2020.
SERAMAI Ahli Majlis Tetap dan Ahli Majlis Bersekutu MPT dilantik untuk penggal 2018/2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia