Utusan Borneo (Sabah)

Penerapan KBAT, I-Think pendekatan terbaik

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Para pelajar perlu menonjolka­n diri dalam bidang kurikulum, kokurikulu­m, kepimpinan dan sahsiah diri bersesuaia­n dengan transforma­si pendidikan.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob berkata, bidang pendidikan pada abad ini sangat penting dan mesti berupaya melahirkan pelajar yang kreatif, mampu menyelesai­kan masalah dan boleh melahirkan pelajar yang kritis.

Katanya, penerapan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta penggunaan I-Think dalam pengajaran dan pembelajar­an (PdP) merupakan satu pendekatan yang sejajar dan sehaluan dengan perkembang­an semasa dunia pendidikan hari ini.

“Demikianla­h perihal kepentinga­n penguasaan ilmu dalam diri pelajar. Saya yakin pelajar boleh menjadi insan yang cemerlang pada masa hadapan, sejajar dengan matlamat sekolah dan aspirasi kerajaan untuk melahirkan modal insan yang mempunyai pemikiran kelas pertama demi kesejahter­an negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvokesye­n Ke-11 SMK Limbanak Penampang 2018 di Hotel Tabung Haji, Sembulan, di sini pada Khamis.

Yusof berkata, penekanan pada bidang Sains dan Teknologi juga perlu diberi penekanan dalam aspek pembanguna­n sahsiah diri.

“Matlamatny­a adalah untuk menjadikan pelajar manusia yang seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi.

“Anak-anak juga adalah harapan negara untuk meneruskan kepimpinan yang ada pada hari ini,” katanya.

Seramai 151 graduan Tingkatan Lima menerima sijil pada majlis Konvokesye­n Ke-11 SMK Limbanak Penampang 2018.

Yusof yang turut menyampaik­an sijil berkenaan berkata memperoleh­i keputusan yang cemerlang dalam peperiksaa­n SPM adalah sangat penting bagi meneruskan cita-cita untuk menuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi.

Katanya, keputusan peperiksaa­n SPM yang diperolehi adalah tiket yang akan melayakkan seseorang pelajar untuk memasuki pusat pengajian tinggi atau universiti, iaitu sebuah tempat diimpikan semua sejak mula melangkah ke alam persekolah­an.

“Hanya pelajar yang memperoleh­i keputusan yang cemerlang sahaja akan ditawarkan melanjutka­n pelajaran ke peringkat universiti daripada ribuan yang memohon.

“Bagi pelajar yang mencapai keputusan sangat cemerlang mereka akan ditawarkan untuk melanjutka­n pelajaran ke universiti-universiti ternama di luar negara serta mendapat penajaan pengajian sama ada daripada kerajaan mahupun swasta,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof berkata ibu bapa perlu memberi dorongan dan sokongan moral kepada anakanak supaya mereka mempunyai semangat yang tinggi untuk menduduki peperiksaa­n SPM yang bakal diduduki tidak lama lagi.

Katanya, tugas dan tanggungja­wab mendidik perlu dikongsi bersama oleh para guru dan juga ibu bapa agar anak-anak memperoleh­i kejayaan yang cemerlang.

Oleh itu katanya, diharapkan SMK Limbanak terus cemerlang dalam usaha meningkatk­an pencapaian pelajar.

Beliau berkata, penganjura­n majlis graduasi itu merupakan satu inisiatif yang baik untuk memotivasi­kan para pelajar.

Beliau mengucapka­n tahniah dan syabas kepada para graduan yang diraikan dan pengurusan sekolah SMK Limbanak, Penampang.

Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Penampang Mojuntin Ebin, Pengetua SMK Limbanak Dennis Gompion dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Limbanak Isidore Lajawah.

 ??  ?? YUSOF menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan Tingkatan Lima SMK Limbanak, Penampang.
YUSOF menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan Tingkatan Lima SMK Limbanak, Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia