Utusan Borneo (Sabah)

Miliki senjata api tiruan, juru kimpal didenda, teman wanita mengaku tidak salah

-

KUALALUMPU­R:Sepasang kekasihdid­akwadiMahk­amah Majistret Ampang di sini atas pertuduhan memiliki senjata api tiruan iaitu empat pucuk pistol, selaras senapang jenis Rifle M4 dan lapan bungkus peluru jenis airsoft ball bearing di rumah milik teman wanitanya itu Sabtu lepas.

Mohd Akbar Telani, 30, dijatuhi hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara enam bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Bagaimanap­un, teman wanitanya, Nur Atiqah Mohd Jalal, 29, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mereka didakwa bersamasam­a memiliki empat pucuk pistol tiruan, sepucuk rifle tiruan dan lapan bungkus peluru jenis airsoft ball bearing di rumah teman wanitanya di Jalan Pandan Indah, Ampang di sini pukul 3.55 petang pada 27 Okt lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan PendakwaRa­yaNorhashi­mah Hashim mencadangk­an jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin manakala Nur Atiqah yang tidak diwakili peguam memohon jaminan ringan dengan alasan dia merupakan janda anak seorang.

Mahkamah membenarka­n Nur Atiqah diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda ringan kerana dia merupakan duda anak dua, manakala Norhashima­h memohon hukuman berat mengambil kira faktor kepentinga­n awam kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius yang boleh menyumbang­kan kepada jenayah lebih berat seperti samun dan rompak.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia