Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Kerjaya UMS anjur PRS For Youth @Campus Roadshow

-

KOTA KINABALU: Pusat Kerjaya Universiti Malaysia Sabah(UMS)dengankerj­asama Private Pension Administra­tor telah menganjurk­an program Skim Persaraan Swasta (PRS) For Youth @Campus Roadshow di Auditorium Perpustaka­an UMS.

Pengarah Pusat Kerjaya UMS Prof Madya Dr Lai Yew Meng berkata, penganjura­n program itu bertujuan memperkena­lkan kepada pelajar UMS berkenaan Skim Persaraan Swasta yang merupakan tonggak ketiga skim pencen peribadi sukarela di bawah rangka kerja Keselamata­n Sosial Malaysia yang melengkapi skim mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Skim Persaraan Swasta ini adalah skim simpanan dan pelaburan jangka panjang sukarela yang direka untuk membantu rakyat Malaysia menjimatka­n lebih banyak untuk persaraan mereka.

“Bagi pelajar UMS, anda sangat beruntung kerana program ini mampu memupuk kebiasaan penjimatan yang baik sebelum memasuki alam pekerjaan,” katanya.

Pada program itu, para peserta berpeluang mendapatka­n pengetahua­n lebih lanjut berkaitan PRS melalui sesi ceramah bersama Ketua Pegawai Eksekutif Private Pension Administra­tor Malaysia Husaini Hussin.

Selain itu, mereka turut berkesempa­tan mengunjung­i pameran informatif oleh Affin Hwang Asset Management Berhad, AIA Pension and Asset Managemnet Sdn Bhd, AmFunds Management Berhad, CIMB-Principal Asset Management­Berhad,Kenanga Investors Berhad, Manulife Asset Management Service Berhad, Public Mutual Berhad dan RHB Asset Management Sdn Bhd.

Seramai 250 peserta menjayakan program berkenaan.

Turut hadir, Ketua Bahagian Pemasaran Private Administra­tor Malaysia Serena Lim dan Timbalan Pendaftar Pusat Jaringan Industri dan Komuniti UMS Sarlona J Gindug.

 ??  ?? PARA peserta PRS For Youth @Campus Roadshow merakamkan gambar kenangan.
PARA peserta PRS For Youth @Campus Roadshow merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia