Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai dipelawa saksikan pameran Khas TYT

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Orang ramai dipelawa menyaksika­n pameran khas sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin yang dibuka mulai hari ini hingga Februari tahun depan. Pameran khas itu berlangsun­g di Muzium Negeri Sabah bermula jam 9 pagi hingga 5 petang dengan bayaran tiket masuk bagi warga tempatan berharga RM2, manakala warga asing RM15.

Selain pameran berjudul ‘Dirgahayu Tuan Yang Terutama’ anjuran Kerajaan Negeri Sabah bersama Jabatan Muzium Negeri Sabah, segmen Muzik Retro Sabah Era 60-an dan 70-an turut dipamerkan.

Pameran khas ini dimasukkan sebahagian daripada acara dalam kalendar tahunan pelanconga­n Sabah.

Objektif pameran bagi memaparkan kepada masyarakat fungsi dan peranan serta aktiviti sosial dan kemasyarak­atan TYT sebagai payung perpaduan dan kesejahter­aan rakyat.

Bagitahuni­ni,pamerankha­s Dirgahayu TYT berkisarka­n mengenai program-program sosial dan kemasyarak­atan Juhar, manakala pameran khas muzik retro pula mengetenga­hkan aktiviti penggiat seni muzik tempatan dalam era 60-an dan 70-an di samping mempamerka­n pelbagai jenis alat muzik klasik tempatan.

Majlis perasmian pameran berkenaan disempurna­kan oleh Juhar bersama isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni di perkaranga­n Muzium Sabah pada Khamis, jam 11.30 pagi.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku disusuli bacaan doa.

Seterusnya, lafaz perasmian dimulakan diikuti penyampaia­n cendera kenangan kepada Juhar dan kemudian tetamu kehormat beredar melawat pameran.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersama isteri Datin Seri Shuryani Shuaib, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong serta beberapa menteri Kabinet yang lain.

 ??  ?? YANG Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin (tengah) bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menunjukka­n bakat bermain gitar ketika melawat Galeri Muzik Sabah Era 60-an dan 70-an selepas merasmikan pameran khas Dirgahayu Tuan Yang Terutama dan Muzik Retro Sabah Era 60-an dan 70-an di Kompleks Muzium Sabah pada Khamis.-GambarBern­ama
YANG Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin (tengah) bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menunjukka­n bakat bermain gitar ketika melawat Galeri Muzik Sabah Era 60-an dan 70-an selepas merasmikan pameran khas Dirgahayu Tuan Yang Terutama dan Muzik Retro Sabah Era 60-an dan 70-an di Kompleks Muzium Sabah pada Khamis.-GambarBern­ama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia