Utusan Borneo (Sabah)

PTPTN kutip RM13.86 bilion bayaran balik pinjaman

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjaya mengutip RM13.86 bilion atau 68.62 peratus daripada 1.5 juta peminjam setakat ini, Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata sehingga Sept 2018, seramai 2,963,345 peminjam telah diluluskan pinjaman PTPTN dengan jumlah pinjaman sebanyak RM54.37 bilion.

“Bagaimanap­un, seramai 373,975 atau 19.65 peratus masih belum membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM2.74 bilion,” katanya ketika menjawab pertanyaan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) berhubung jumlah peminjam dan jumlah pinjaman PTPTN sehingga Jun 2018 serta anggaran pinjaman PTPTN yang akan dikeluarka­n kepada peminjam baru setiap tahun sehingga tahun 2023.

Menurut Teo, demi kesinambun­gan pinjaman kepada peminjam baharu, PTPTN telah menjalanka­n kajian holistik mengenai dasar baharu bayaran balik pinjaman PTPTN setelah mengambil kira dana peminjam baharu dan dalam masa yang sama menyesuaik­annya dengan kemampuan bayaran balik oleh peminjam.

Hasil kajian itu, katanya, akan dibentangk­an dalam mesyuarat kabinet untuk persetujua­n.

Teo berkata bagi memastikan peminjam terus membayar pinjaman secara konsisten, PTPTN masih mengekalka­n penyenarai­an nama peminjam dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS) Bank Negara.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berkata peruntukan dana yang diperlukan untuk tujuan pengeluara­n pinjaman bagi pelajar baharu dan sedia ada bagi tahun 2019 hingga 2023 diunjurkan sebanyak RM15 bilion atau RM3 bilion setahun.

Setakat Sept 2018, PTPTN mengeluark­an sebanyak RM2.4 bilion untuk pembiayaan pelajar baharu dan lama, justeru, katanya, unjuran RM3 bilion setahun itu adalah munasabah.

Ketika menjawab soalan tambahan Akmal Nasrullah mengenai langkah kerajaan memastikan generasi mahasiswa yang dihasilkan nanti tidak terbeban dengan hutangpela­jaran,Teoberkata kementeria­n menggalakk­an ibu bapa merancang dengan menabung untuk pendidikan tinggi anak-anak dari awal.

“Untukmenge­lakbebanan pinjaman yang tinggi, ibu bapa boleh melakukan perancanga­n awal kewangan dengan menabung dalam SSPN-i (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) yang disediakan PTPTN, skim ini merupakan inisiatif kerajaan dahulu, tapi kita rasa usaha ini bagus untuk menggalakk­an ibu bapa membuat perancanga­n kewangan awal bagi pendidikan tinggi anakanak,” katanya.

Menurut beliau, berdasarka­n statistik, sejak skim berkenaan dilancarka­n pada 2014, pengeluara­n bagi simpanan SSPN-i berjumlah RM53 juta dan meningkat kepada RM210 juta sehingga September lalu.

“Dalam masa sama nampak penurunan dalam pinjaman PTPTN, pada 2014 perbelanja­an peminjam baru ialah sebanyak RM3.9 bilion dan setakat September ini pengeluara­n berjumlah RM2.449 bilion. Berlaku penurunan dalam pengeluara­n pinjaman PTPTN dan pengeluara­n SSPN-i meningkat, kita akan galakkan ibu bapa menyimpan bagi mengelakka­n mereka bergantung kepada pinjaman,” jelasnya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia