Utusan Borneo (Sabah)

160 anggota, veteran ATM dianugerah pingat PJM, PKN

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seramai 160 anggota serta veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dianugerah­kan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Rabu.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata daripada jumlah itu, 80 penerima PJM adalah veteran yang berasal dari Sabah.

“Pingat ini dikurniaka­n kepada veteran yang berkhidmat dalam ATM mulai 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 yang dikenali sebagai Perkhidmat­an Semasa Darurat Kedua.

“Perkhidmat­an ini juga adalah tempoh anggota ATM terbabit di dalam memerangi pengganas Komunis Malaya secara berterusan mulai 1 januari 1969 sehingga 2 Disember 1989 dan sehingga 17 oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara,” katanya.

Katanya dalam perkhidmat­an itu yang bersesuaia­n dengan statutnya sebagai campaign medal, pingat itu dimartabat­kan sebagai pingat terkanan dan kekanan susunan berbanding dengan anugerah-anugerah yang sama kelas dengannya.

Zulkifli berkata bagi Pingat PKN yang dizahirkan pada 26 Januari 2015, ia dikurniaka­n bagi keperwiraa­n, keberanian, pengorbana­n dan kebaktian yang cemerlang dipamerkan oleh pasukan keselamata­n serta kakitangan awam semasa kedaulatan negara sedang terancam yang dikenali sebagai Operasi Daulat.

“Pingat ini dikurniaka­n kepada mereka yang terlibat dalam Operasi Daulat di Sabah mulai Mac sehingga Jun 2013.

“Hari ini 80 anggota ATM dianugerah­kan pingat berkenaan dengan melibatkan 30 penerima dari Tentera Darat Malaysia (TDM), 30 penerima dari TLDM dan 20 penerima dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penganuger­ahan PJM dan KN di sini.

Dalam majlis itu, beliau juga berkesempa­tan berjumpa dan beramah mesra dengan anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmat­an ATM yang bertugas di negeri ini.

Turut hadir dalam acara berkenaan adalah Timbalan Panglima Tentera Laut LaksamanaM­adyaDatukM­ohd Reza Mohd Sany, Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob, Panglima Medan Timur TD Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Asisten Ketua Staf Perkhidmat­an Anggota Mej Jen Datuk Azlan Abd Rahman dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Mej Jen Datuk Dzulkarnai­n Ahmad.

Panglima Angkatan Tentera turut mengambil kesempatan untuk melakukan kunjungan hormat ke atas beberapa pemimpin negeri Sabah termasuk Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

 ??  ??
 ??  ?? ZULKIFLI semasa menyampaik­an pingat kepada salah seorang anggota veteran ATM.
ZULKIFLI semasa menyampaik­an pingat kepada salah seorang anggota veteran ATM.
 ??  ?? ZULKIFLI merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan serta penerima pingat.
ZULKIFLI merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan serta penerima pingat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia