Utusan Borneo (Sabah)

Operator pelanconga­n terkesan

Berikutan pembatalan penerbanga­n MASwings ke Sandakan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Operator pelanconga­n di daerah ini berasa terkesan dengan berita mengenai MASwings yang mengambil keputusan untuk membatalka­n penerbanga­n Sandaakan-Kota Kinabalu, berkuatkua­sa 1 Januari 2019.

Presiden Persatuan Pelanconga­n Sandakan (STAN) Johnny Lim berkata salah satu faktor bagi kadar penginapan hotel yang rendah di Sandakan adalah

“Di sebalik pengumuman demi pengumuman mengenai projek ini pada tahun lalu, namun sehingga kini kerja pemanjanga­n landasan masih ” belum bermula.

JOHNNY LIM Presiden Persatuan Pelanconga­n Sandakan (STAN)

disebabkan kekurangan jalinan hubungan udara ke daerah ini.

Katanya, berikutan itu, kehadiran pelancong ke daerah ini adalah rendah dan sudah pasti jumlah itu

semakin menurun dengan pembatalan penerbanga­n berkenaan kelak.

“Sejajaritu­juga,masyarakat Sandakan kini tidak pasti sama ada pemanjanga­n landasan lapangan terbang akan diteruskan atau tidak. “Di sebalik pengumuman demi pengumuman mengenai projek ini pada tahun lalu, namun sehingga kini kerja pemanjanga­n landasan masih belum bermula,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu, operator pelanconga­n di daerah ini berharap agar kerajaan baharu akan mengkaji semula keputusan berkenaan sekali gus membenarka­n penerbanga­n Maswings untuk diteruskan sehingga ada syarikat penerbanga­n komersil lain yang bersedia untuk mengambil alih laluan itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia