Utusan Borneo (Sabah)

PDRM teliti dakwaan Justo: Fuzi

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti dakwaan bekas eksekutif PetroSaudi Internatio­nal Ltd, Xavier Andre Justo yang mengaku pernah dipaksa untuk membuat pengakuan secara terbuka bahawa Datuk Seri Najib Razak adalah seorang yang baik.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun tidak menolak kemungkina­n dakwaan itu ada kaitan dengan kenyataan yang diambil ketika beliau (Justo) di Bangkok, tiga tahun lepas.

“Kita akan lihat serta memperinci­kan dakwaan itu sebelum pengesahan akan dibuat.

“Kita juga akan melihat serta mengenalpa­sti tujuan dakwaan itu dinyatakan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Seminar Pemantapan Integriti Bebas Rasuah Warga PDRM di sini, Khamis.

Pada Rabu, pemberi maklumat warga Switzerlan­d itu mengaku terdapat pihak berkuasa Malaysia yang datang bertemunya sebelum ini di penjara Bangkok dan antara mereka ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Pada 22 Jun 2015, Justo ditangkap di rumahnya di pulau Koh Samui, Thailand selepas para pegawai PetroSaudi memfailkan aduan bahawa beliau cuba memeras ugut firma itu sebanyak 2.5 juta Swiss francs (RM11 juta) dengan menggunaka­n dokumen yang dicuri daripada syarikat berkenaan.

Bagaimanap­un, pada Disember 2016, Justo adalah seorang daripada beribu-ribu banduan asing yang diberi pengampuna­n oleh Raja Thailand, Raja Maha Vajiralong­korn Bodindrade­bayavarang­kun.

Dalam perkembang­an lain, Fuzi berkata polis sedang dalam usaha untuk berurusan dengan pihak terbabit yang mendakwa adalah pemilik barang kemas yang dirampas dalam siasatan 1MDB.

“Kita sedang ambil tindakan untuk berurusan dengan mereka ini dan perkara ini sedang giat dijalankan,” katanya.

Jun lalu, PDRM memaklumka­n bahawa nilai keseluruha­n rampasan daripada 75 beg daripada enam lokasi serbuan yang dikaitkan dengan isu 1Malaysian Developmen­t Berhad (1MDB) berjumlah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia