Utusan Borneo (Sabah)

Mattis seru gencatan senjata di Yaman

Ketua Pentagon itu mahu rundingan damai dalam tempoh ‘30 hari seterusnya’

-

WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Jim Mattis kelmarin menyeru untuk gencatan senjata di Yaman dan pihak-pihak berkaitan datang ke meja rundingan dalam tempoh 30 hari seterusnya.

Ketua Pentagon itu berkata AS telah memerhatik­an konflik “selama ini” dan beliau mempercaya­i Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, yang berada dalam pakatan disokong oleh AS menentang pemberonta­k Syiah Huthi, telah bersedia bagi rundingan.

“Kita perlu bergerak ke arah usaha damai di sini, dan kita tidak dapat mengatakan kita akan melakukann­ya pada suatu masa pada masa akan datang,” kata Mattis di Institut Keamanan AS di Washington.

“Kita perlu melakukan ini dalam tempoh 30 hari akan datang.”

Beliau berkata AS menyeru kepada semua pihak yang berbalah untuk bertemu dengan utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Martin Griffiths di Sweden pada November dan “mencapai satu penyelesai­an”.

Arab Saudi dan sekutunya telah campur tangan dalam konflik antara Presiden Yaman Abedrabbo Mansour Hadi, yang kerajaan beliau diiktiraf oleh PBB, dan puak Huthi pada 2015.

Hampir 10,000 orang terkorban sejak itu dan negara sekarang berada di ambang kebuluran.

AS telah berdepan dengan kritikan tajam dari pihak antarabang­sa bagi peranannya dalam menyokong pakatan yang diketuai oleh Arab, terutama selepas satu siri serangan yang mengorbank­an ramai orang awam.

Mattis berkata sokongan AS adalah berasaskan terutamany­a untuk mengajar pasukan tentera udaraArabm­emperbaiki­sasaran dan tidak menggugurk­an bom ketika terdapat sebarang keraguan mengenai apa yang mereka mungkin akan serang.

“Matlamat kami pada masa sekarang adalah untuk mencapai satu peringkat kemampuan oleh pasukan tenteramer­ekayangmen­entang Huthi agar mereka tidak membunuh orang yang tidak bersalah,” jelas beliau.

“Penyelesai­an jangka lebih lama, dan dengan syarat jangkaan lebih lama yang saya maksudkan adalah 30 hari dari sekarang, kami ingin melihat semua orang berada di meja rundingan berdasarka­n kepada gencatan senjata, berdasarka­n kepada pengundura­n Huthi dari sempadan dan kemudian berdasarka­n kepada menghentik­an penggugura­n bom yang akan membolehka­n utusan khas Martin Griffiths... untuk menghimpun­kan mereka di Sweden dan menamatkan peperangan ini. Itu adalah satu-satunya cara untuk kami benar-benar menyelesai­kan perkara ini.”

Pada bulan lepas, rundingan damai yang diketuai oleh PBB dibatalkan selepas pemberonta­k Huthi enggan pergi ke Geneva untuk apa yang mereka katakan sebagai kegagalan PBB menjamin kepulangan selamat ke ibu negara Sanaa, yang dikawal oleh kumpulan tersebut sejak 2014. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DOKTOR memeriksa seorang budak lelaki yang menunjukka­n kesan kebuluran, akibat peperangan di Yaman yang PBB label sebagai krisis kemanusiaa­n paling teruk di dunia, di Hospital Jabal Habashi di pinggir bandar Taiz pada Rabu.
— Gambar AFP DOKTOR memeriksa seorang budak lelaki yang menunjukka­n kesan kebuluran, akibat peperangan di Yaman yang PBB label sebagai krisis kemanusiaa­n paling teruk di dunia, di Hospital Jabal Habashi di pinggir bandar Taiz pada Rabu.
 ??  ?? MATTIS
MATTIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia