Utusan Borneo (Sabah)

Pasangan warga emas daif dapat rumah baharu

Atas keprihatin­an Adun Kemabong turun padang

-

KEMABONG: Kisah pasangan warga emas yang hidup dalam serba daif di Kampung Bakuku di sini mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar.

Pasangan warga emas yang berusia dalam lingkungan 80an Aki Ukab Ampulas dan isterinya Aru Hanit bukan sahaja hidup dalam serba kekurangan namun terpaksa tinggal di rumah yang usang, diburukkan lagi dengan keadaan kesihatan mereka yang tidak mengizinka­n selain mengalami masalah penglihata­n.

Aru Hanit yang begitu terharu dengan kehadiran Jamawi yang sinonim dengan gelaran ‘Anak Kampung’ bersama rombongan ke kediaman mereka semasa XPDC Batu Binatikan adalah sesuatu di luar dugaannya.

Melihat tangisan Aru Hanit dan keadaan tempat tinggal pasangan warga emas itu membuatkan Jamawi turut merasa sebak dan amat bersimpati dengan nasib kedua pasangan itu.

Pada Rabu lepas, kesedihan pasangan itu telah bertukar menjadi kegembiraa­n ekoran khabar gembira yang disampaika­n oleh Jamawi kepada mereka apabila kerajaan melalui Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) telah meluluskan permohonan rumah baharu di bawah program Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk mereka bersama empat pemohon yang lain.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan khususnya Menteri KPLB Datuk Sri Rina Harun yang telah meluluskan sebanyak lima PPRT untuk DUN Kemabong.

“Pasangan warga emas ini adalah antara penerima yang diberikan keutamaan kerana keadaan rumah mereka agak uzur dan kritikal,” katanya sambil menunjukka­n surat kelulusan kepada pasangan itu selain membawa bahan binaan bagi memulakan pembinaan rumah baharu mereka.

Menurut Jamawi selepas

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan khususnya Menteri KPLB Datuk Sri Rina Harun yang telah meluluskan sebanyak lima PPRT untuk DUN Kemabong. Pasangan warga emas ini adalah antara penerima yang diberikan keutamaan kerana keadaan rumah ” mereka agak uzur dan kritikal JAMAWI JAAFAR

Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong

rumah baharu pasangan itu siap mereka akan tinggal dalam suasana yang lebih selesa dan beliau juga berterima kasih kepada banyak pihak terutamany­a ‘Group Rumah Kita’ atas usaha membuat kutipan kewangan untuk pasangan berkenaan yang disampaika­n semasa ziarah kedua kali itu.

Jamawi berkata bagi permohonan yang lain, ia juga telah dan akan dikemukaka­n kepada kerajaan di mana keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang keadaan rumah mereka uzur dan kritikal seperti mana kes pasangan warga emas berkenaan.

“Kita dahulukan pemohon yang dianggap terlalu kritikal dan mendesak untuk dibantu sementara yang lain kita akan selasaikan peringkat demi peringkat berdasarka­n peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap pemohon lain dapat bersabar menunggu giliran kelulusanp­ermohonanm­ereka masing-masing di mana usaha berterusan bagi memohon peruntukan daripada kerajaan akan terus diperjuang­kan.

Untuk rekod, di DUN Kemabong sahaja, setakat ini lebih seribu permohonan diterima di Pejabat Daerah Kecil Kemabong.

 ??  ?? JAMAWI menyerahka­n surat kelulusan kepada Aki Ukab semasa kunjungan kedua beliau ke rumah pasangan itu di Kg Bakuku Kemabong.
JAMAWI menyerahka­n surat kelulusan kepada Aki Ukab semasa kunjungan kedua beliau ke rumah pasangan itu di Kg Bakuku Kemabong.
 ??  ?? JAMAWI bersama pelaksana membawa bahan-bahan binaan untuk membina rumah baharu pasangan berkenaan.
JAMAWI bersama pelaksana membawa bahan-bahan binaan untuk membina rumah baharu pasangan berkenaan.
 ??  ?? JAMAWI sebak sambil menenangka­n tangisan Aru Habit semasa kunjungan pertama beliau ke rumah pasangan warga emas itu.
JAMAWI sebak sambil menenangka­n tangisan Aru Habit semasa kunjungan pertama beliau ke rumah pasangan warga emas itu.
 ??  ?? KEADAAN rumah pasangan Aki Ukab dan Aru Hanit yang uzur tidak lama lagi akan berganti baharu.
KEADAAN rumah pasangan Aki Ukab dan Aru Hanit yang uzur tidak lama lagi akan berganti baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia