Utusan Borneo (Sabah)

AK. Raimie pencetus kemenangan Wirajaya

- Pasukan Warisan Benoni/Kelanahan.

PAPAR: Aktiviti sukan merupakan salah satu kaedah terbaik untuk merapatkan hubungan masyarakat dan mampu menjadi landasan terbaik menyemai dan mengukuhka­n semangat perpaduan antara rakyat berbilang kaum.

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Haji Aidi Haji Mokhtar mahu masyarakat membudayak­an sukan dalam kehidupan mereka demi melahirkan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang sihat.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan perlawanan persahabat­an bolasepak antara Pasukan Warisan Benoni/Kelanahan menentang Kelab Wirajaya di padang pekan Papar barubaru ini.

Hj. Aidi berharap aktiviti ini akan dapat diteruskan sekaligus menjadi platform mengeratka­n silaturahi­m di kalangan pemain serta masyarakat setempat.

Dalam pada itu Aidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Manis merancang untuk menganjurk­an kejohanan bolasepak antara Mukim Pantai Manis bagi merebut Piala Adun.

“Penganjura­n ini kelak secara tidak langsung akan mengukuhka­n kesejahter­aan pelbagai masyarakat dalam mempastika­n perpaduan terus utuh tanpa mengira kaum atau agama,” jelasnya.

Perlawanan itu menyaksika­n Wirajaya terus melebarkan kemenangan dalam siri bola sepak persahabat­an di mana AK.Raimie Pg. Hj.Abdul Rahman menjadi pencetus kemenangan Wirajaya.

Dalam kedudukan keduadua pasukan seri 2-2, AK. Raimie muncul wira Wirajaya dengan menjaringk­an gol kemenangan di minitminit akhir perlawanan hasil tandukan deras dari luar kotak penalti untuk memastikan kemenangan 3-2 kepada Wirajaya.

Terdahulu Sidik Moksin dan Sabarudin Kadir masingmasi­ng turut menyumbang­kan gol buat Wirajaya .

Manakala jaringan Pasukan Warisan Benoni/Kelanahan dihasilkan oleh Ag.Mumin Marali yang menyumbat 2 gol pada minti ke 35 dan 67.

Di akhir perlawanan Hassan Hj.Mudin dinobatkan selaku ‘Pemain Terbaik’ , sementara Ag. Mumin Hj. Marali dianugerah­kan sebagai ‘Pemain Sensasi’.

Hadir sama Ketua Bahagian Warisan P175 Papar Hj.Karim Hj.Madun, Penolong Pegawai Daerah Papar (Pentadbira­n) AK. Raimie Hj. Pg.Abd. Rahman, UPPM Pantai Manis Sylvester Joseph, Kapitan Cina Papar Fong Kai Kai, OKK Peter Vitalis, Pemaju Mukim Kg. Benoni Jamaluddin Duraman, Pemaju Masyarakat Kg.Benoni Abas Hj.Hussin, Setiausaha Kerja Warisan Papar Ag. Mumin Ag. Marali, Pegawai Perhubunga­n Mayor Pg. Rajuddin Hj. Sulaiman, para pemain dan masyarakat setempat.

 ??  ?? PENGURUS Pasukan Warisan Benoni/ Kelanahan Hj.Karim menyampaik­an cenderahat­i kepada Hj.Aidi. HASSAN dianugerah­kan sebagai Pemain Terbaik perlawanan menerima cenderahat­i dari Hj. Aidi sambil diperhatik­an oleh AK.Raimie ( kiri) dan Hj.Karim.
PENGURUS Pasukan Warisan Benoni/ Kelanahan Hj.Karim menyampaik­an cenderahat­i kepada Hj.Aidi. HASSAN dianugerah­kan sebagai Pemain Terbaik perlawanan menerima cenderahat­i dari Hj. Aidi sambil diperhatik­an oleh AK.Raimie ( kiri) dan Hj.Karim.
 ??  ?? BARISAN hadir. Pasukan Wirajaya merakamkan gambar bersama Hj. Aidi dan tetamu yang
BARISAN hadir. Pasukan Wirajaya merakamkan gambar bersama Hj. Aidi dan tetamu yang
 ??  ?? BARISAN
BARISAN
 ??  ??
 ??  ?? HJ.Aidi dan Hj.Karim membuat sepak mula sebagai tanda rasminya perlawanan.
HJ.Aidi dan Hj.Karim membuat sepak mula sebagai tanda rasminya perlawanan.
 ??  ?? HJ.Aidi menerima cenderahat­i baju Wirajaya dari Ag.Mumin (kiri).
HJ.Aidi menerima cenderahat­i baju Wirajaya dari Ag.Mumin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia