Utusan Borneo (Sabah)

Liga Bola Sepak KDMM 2019

Pengisian istimewa sempena perasmian Piala Sumbangsih

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Beberapa pengisian istimewa untuk semua pasukan, atlet olahraga dan penonton sempena perasmian perlawanan Piala Sumbangsih Liga Bola Sepak Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDMM) 2019 di Stadium Keningau pada 8 Disember 2018.

Pengerusi penganjur bersama, Henry Saimpon (gambar) berkata, pengisian itu adalah pertanding­an bolasepaks­ecarakarni­valmelibat­kan semua pasukan kecuali Papar dan Keningau yang akan bertembung untuk Piala Sumbangsih.

“Sementara menunggu perlawanan Piala Sumbangsih antara Keningau dan Papar yang sepak mulanya dijadualka­n pada jam 4.30 petang, 30 pasukan lain akan bertanding dalam Karnival Kejohanan Piala KDM Malaysia bermula jam 7.00 pagi.

“Ia adalah pertanding­an tujuh sebelah dan dijalankan secara `Double Knock-Out’,” kata Henry ketika ditemui selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan Liga KDMM 2019 di Stadium Likas pada Rabu.

Dalam pertanding­an karnival itu, pasukan akan diletakkan dalam Kumpulan Menang dan Kumpulan Kalah berdasarka­n keputusan perlawanan pertama.

Juara Kumpulan Menang akan menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan kedua RM3,000 manakala pemenang bersama tempat ketiga masing-masing menerima RM1,000.

Juara Kumpulan Kalah pula menerima RM4,000 dan kedua RM2,000 manakala pemenang bersama tempat ketiga masingmasi­ng menerima RM1,000.

Akan ada tambahan hadiah untuk juara kedua-dua kumpulan menerusi perlawanan Juara Antara Juara di mana pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM5,000 manakala naib juara RM1,000.

Serentak dengan pertanding­an karnival bola sepak itu, akan diadakan juga acara balapan iaitu pertanding­an 4x100m dan 4x400m terbuka lelaki. Bagaimanap­un atlet negeri tidak dibenarkan mengambil bahagian.

Kedua-dua acara itu menawarkan hadiah wang tunai RM2,000 untuk juara, kedua RM1,500, ketiga RM1,000 dan keempat RM800.

“Pada masa yang sama, akan ada juga kempen menderma darah. Mereka yang menderma darah akan menerima baju KDM Malaysia,” kata Henry.

Penyertaan acara olahraga itu adalah percuma tetapi pasukan yang ingin mengambil bahagian diminta mengesahka­n penyertaan sebelum atau pada 15 November.

Penonton yang datang juga berpeluang membawa pulang hadiah menerusi tiket bertuah yang akan diedarkan sebelum perlawanan Piala Sumbangsih.

Antara hadiah yang disediakan untuk penonton bertuah adalah tiga buah motosikal, 20 buah basikal dan hamper.

“Kejohanan karnival dan acara olahraga itu adalah perkara baru dalam kejohanan ini dan menjadikan hadiah wang tunai keseluruha­n yang ditawarkan kini melebihi RM300,000, terima kasih kepada Presiden KDM Malaysia Datuk Peter Anthony,” kata Henry yang juga Ketua Belia KDM Malaysia.

Kejohanan yang disertai 32 pasukan daerah itu adalah anjuran Pertubuhan KDM Malaysia dengan kerjasama Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Frankie Poon Ming Fung adalah pengerusi penganjur bersama dan akan merasmikan perlawanan Piala Sumbangsih.

Penaung kejohanan adalah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sementara Peter selaku presiden.

Sebarang pertanyaan termasuk urusan pengesahan dan pendaftarn penyertaan untuk acara olahraga diminta menghubung­i setiausaha kejohanan Jelysius Saimpon (0111905628­4), Azlee (019-5309059) atau menerusi emel di alamat kdmmfc@gmail.com.

 ??  ?? PENGURUS dan wakil pasukan Liga KDMM 2018 bergambar bersama selepas mesyuarat yang dipengerus­ikan Henry Saimpon (duduk di tengah) di Stadium Likas pada Rabu.
PENGURUS dan wakil pasukan Liga KDMM 2018 bergambar bersama selepas mesyuarat yang dipengerus­ikan Henry Saimpon (duduk di tengah) di Stadium Likas pada Rabu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia