Utusan Borneo (Sabah)

Bola sepak veteran Piala Sabah Mixed buka penyertaan

- Oleh VITALIS

KOTA KINABALU: Pasukan dipelawa menyertai Kejohanan Bola Sepak Veteran Sembilan Sebelah 2018 Piala Sabah Mixed. Kejohanan anjuran Real Kinabalu FC Marketing Consultant FC itu dijadualka­n berlangsun­g di padang Sukma Kota Kinabalu pada 1-2 Disember.

Pengerusi penganjur, Kamarudin Rilban berkata kejohanan itu terbuka kepada mana-mana pasukan.

“Pemain yang disenaraik­an dalam satu-satu perlawanan mestilah terdiri daripada pemain berusia 40 tahun ke atas empat orang, 45 tahun ke atas (dua orang) dan 50 tahun ke atas (dua orang).

“Dibangku simpanan terdiri daripada masing-masing dua pemain berusia 40, 45 dan 50 tahun ke atas,” kata Kamarudin.

Pertanding­an dijalankan secara `double knock-out’.

Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM300 tetapi hadiah lumayan disediakan pengaanjur.

Juara akan menerima wang tunai RM3,000, trofi dan medal, kedua RM1,500, trofi dan medal manakala pemenang tempat ketiga dan keempat menerima RM500.

Turut disediakan adalah hadiah berupa piala kepada Penjaring Terbanyak dan penjaga Gol Terbaik.

Kesemua pemenang juga akan menerima sijil penyertaan.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 19 November.

Untuk keterangan lanjut diminta menghubung­i Kamarudin (0147194633), Jumat Jimmy (0128030808), Hashim (016-5833168) atau Zumri (016-5824770).

G. BINGKASAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia