Utusan Borneo (Sabah)

Chelsea sertai Arsenal, Tottenham dan Middlesbro­ugh teruskan kemaraan ke suku akhir Piala Liga Inggeris The Blues kecewakan Lampard di Stamford Bridge

-

LONDON, England: Chelsea menyingkir­kan kelab Derby County, yang dibimbing bekas pemain bintangnya, Frank Lampard, dari Piala Liga Inggeris walaupun dua gol Chelsea dijaringka­n pemain Derby Rabu lepas.

Chelsea, yang dibimbing Maurizio Sarri, menang 32 dengan kesemua lima gol dijaringka­n pada separuh masa pertama pada malam di mana Arsenal, Tottenham Hotspur dan Middlesbro­ugh juga meneruskan kemaraan.

Dua kesilapan awal pertahanan di Stamford Bridge dari Fikayo Tomori – dipinjam dari Chelsea – dan Richard Keogh – di antara gol penyamaan Jack Marriott, meletakkan Chelsea 2-1 di hadapan.

Tidak resah, Derby, yang beraksi dalam Liga Kejuaraan, mengikat kedudukan tidak lama sebelum rehat menerusi rembatan Martyn Waghorn tetapi Cesc Fabregas meletakkan Chelsea kembali di hadapan.

Lampard, salah seorang pemain terhebat Chelsea, merasakan pasukannya wajar mendapat keputusan seri berdasarka­n peluang yang dicipta tetapi menambah beliau seorang “yang bertuah” untuk dapat menikmati perlawanan seperti ini.

“Perbezaan di antara kedua-dua pasukan ialah mereka menjaringk­an tiga gol... tapi oh, sebenarnya kami menjaringk­an empat gol! Saya bergurau kerana saya bangga,” kata beliau kepada penyiaran Sky Sports. “Bercakap den- gan kakitangan mereka (Chelsea), mereka berkata kami bermain dengan baik. “Saya menghormat­i kelab ini, saya tidak mahu bercakap tentang kelab ini. Saya bangga dengan pemain saya.” Lampard menerima sambutan hangat dari penonton pada kepulangan pertamanya di Stamford Bridge sebagai pengurus sebelum sepak mula perlawanan.

Bersemanga­t dengan kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Old Trafford, yang dibimbing bekas pengurus Lampard di Chelsea, Jose Mourinho, beliau terkejut dengan kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh pasukannya dan menjadikan situasi semakin sukar untuk mereka.

Timori tertolak bola ke pintu golnya sendiri seawal minit kelima selepas gagal menangani hantaran lintang Davide Zappacosta.

Pada pertengaha­n separuh masa pertama, kesilapan yang sama berulang apabila Keogh gagal menangani satu lagi hantaran Zappacosta selepas mengikat kedudukan dari gol Marriott.

Tetapi Derby tetap beraksi dengan memberangs­angkan dan berjaya mengikat kedudukan sekali lagi dari jaringan Waghorn namun Fabregas meletakkan Chelsea kembali di hadapan untuk apa yang akhirnya menjadi gol kemenangan.

Pada perlawanan lain, Arsenal, yang menamatkan permainan dengan 10 pemain, dipaksa bekerja-keras sebelum menewaskan kelab Liga Satu, Blackpool 2-1, menerusi gol Stefan Lichtstein­er dan Emile SmithRowe.

Dua gol dari Son Heungmin dan Fernando Llorente memastikan Spurs menang 3-1 ke atas West Ham United sementara kelab Liga Kejuaraan, Middlesbro­ugh, menyingkir­kan kelab Liga Perdana, Crystal Palace 1-0.

Burton Albion dan Bournemout­h menempah tempat ke suku akhir pada hari Selasa. — AFP

Perbezaan di antara keduadua pasukan ialah mereka menjaringk­an tiga gol... tapi oh, sebenarnya kami menjaringk­an empat gol! Saya bergurau kerana saya bangga. Frank Lampard Pengurus Derby County

 ??  ?? FABREGAS menjaringk­an gol ketiga Chelsea ketika beraksi pada perlawanan pusingan keempat Piala Liga Inggeris menentang Derby di Stamford Bridge Rabu lepas. — Gambar AFP
FABREGAS menjaringk­an gol ketiga Chelsea ketika beraksi pada perlawanan pusingan keempat Piala Liga Inggeris menentang Derby di Stamford Bridge Rabu lepas. — Gambar AFP
 ??  ?? LAMPARD
LAMPARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia