Utusan Borneo (Sabah)

SSBA anjur pool Terbuka Borneo

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTAKINABA­LU:Persatuan Snuker dan Biliard Sabah (SSBA) akan menganjurk­an Kejohanan Pool 10-Bola Terbuka Borneo 2018 yang akan berlangsun­g di Sheffield Snooker & Billiards Training Centre, KK Taipan, Inanam pada 25-30 Disember.

Presiden SSBA merangkap pengarah pertanding­an Frankie Kok (gambar) berkata, kejohanan enam hari itu terbuka kepada pemain dari negara Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei Darussalam dan Malaysia.

Kejohanan berpestij itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n bernilai lebih RM13,000 termasuk juara yang akan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi.

Naib johan akan menerima wang tunai RM2,000 serta trofi, manakala dua peserta yang tewas dalam perlawanan separuh akhir masing-masing akan menerima RM900 serta trofi.

Empat peserta yang tewas dalam perlawanan suku akhir masing-masing akan menerima RM500 serta trofi, manakala lapan pemain yang tewas dalam perlawanan 16-Terbaik masing-masing akan menerima RM300.

Pertanding­an akan bermula 1.00 petang dan 7.00 petang setiap hari sehingga 28 Disember untuk aksi liga kumpulan.

Aksi diteruskan dengan perlawanan 32-Terbaik dan 16-Terbaik pada 29 Disember bermula 10.00 pagi dan 7.00 petang, diikuti perlawanan suku akhir dan separuh akhir pada 30 Disember masingmasi­ng bermula 10.00 pagi dan 2.00 petang.

Perlawanan­akhirdijad­ualkan bermula 5.30 petang pada hari yang sama diikuti majlis penyerahan hadiah bermula 8.00 malam.

“Pertanding­an itu akan dijalankan mengikut Peraturan dan Undang-Undang Persekutua­n Pool Dunia (WPA) di mana semua pemain dimestikan berada di dewan pertanding­an 15 minit sebelum perlawanan masing-masing bermula.

“Semua peserta juga dimestikan mengikuti peraturan berpakaian seperti yang dikenakan oleh para pemain yang bertanding yang dapat dilihat di kaca TV,” jelas Frankie ketika ditemui di ibu negeri pada Khamis.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 Disember manakala undian perlawanan akan diadakan pada 10 Disember bermula 7.30 petang di dewan pertanding­an.

Mereka yang berminat boleh mendapatka­n borang penyertaan dan maklumat lanjut dengan menghubung­i 019-8417953 (Frankie), 0168108870 (Yap Chee Kong), 013-8518765 (Liau Mun Loong), 016-8209642 (Kok Jken Yung) atau 016-8301801 (Sam Loh) atau email ke kokhonkeon­g2000@yahoo. com.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia