Utusan Borneo (Sabah)

Solari memulakan tugas sebagai jurulatih sementara Real dengan memberangs­angkan

-

MADRID, Sepanyol: Santiago Solari memulakan tugas sebagai jurulatih sementara Real Madrid dengan memberangs­angkan apabila menewaskan kelab divisyen tiga, Melilla dengan selesa dalam aksi Copa del Rey Rabu lepas.

Gol dari Karim Benzema, Marco Asensio, Alvaro Odriozola dan Cristo Gonzalez memastikan juara 19 kali kejohanan itu menang 4-0 pada kunjungan pertama mereka di kelab jajahan Sepanyol di pantai utara benua Afrika.

Solari dilantik sebagai jurulatih sementara dari skuad remaja Real, Castilla B Isnin lepas ekoran pemecatan Julen Lopetegui setelah hanya 139 hari memegang tugas.

Kekalahan memalukan 1-5 kepada Barcelona Ahad lepas ternyata titik kesabaran terakhir Presiden Real, Florentino Perez, yang bagaimanap­un akan berasa gembira dengan prestasi pasukan pada perlawanan pertama pusingan 32 akhir menentang Melilla itu.

“Pada tempoh sukar, kami semua bersatu ke arah yang sama,” kata Solari. “Kami mempunyai pasukan juara hebat yang tahu apa yang harus dilakukan untuk melaksanak­an tugas.”

Juara bertahan, Barcelona, sementara itu, memerlukan gol minit kecederaan adri Clement Lenglet untuk menewaskan sebuah lagi kelab divisyen tiga, Cultural Leonesa.

Melilla mungkin bukan Barcelona atau Manchester City tetapi ada banyak yang positif tentang prestasi Real Madrid, terutama sekali pemain muda dari Brazil, Vinicius Junior.

Selepas menarik perhatian Solari dalam skuad remaja, pemain berusia 18 tahun itu diturunkan buat kali pertama dalam skuad senior dan salah seorang pemain terbaik Real dalam padang.

Umpanan cantik beliau membolehka­n Asensio menjaringk­an gol kedua beberapa saat sebelum rehat selepas Benzema membuka jaringan pada minit ke-28 dari umpanan Odriozola.

Selepas rehat, Solari membuat dua pertukaran, memasukkan Nacho untuk menggantik­an Sergio Ramos dan Federico Valverde menggantik­an Benzema.

Melilla memulakan separuh masa kedua dengan memberangs­angkan dan mampu mencemaska­n sedikit pertahanan Real tetapi penyudah hambar mengecewak­an.

Odriozola menjaringk­an gol ketiga untuk golk pertama bersama Real sebelum seorang lagi pemain gantian, Gonzalez melengkapk­an jaringan.

Solari ada berkata Selasa lepas di mana beliau terbuka untuk menjadi jurulatih tetap Real dan sebagai bukti, beliau tidak mengharapk­an terlalu banyak dari perlawanan pertamanya.

Beliau menghabisk­an masa sebagai pemain di Real di antara 2000 dan 2005 dan dijangka akan terus kekal sebagai jurulatih sementara untuk perlawanan La Liga Sepanyol menentang Real Valldolid Sabtu ini dan mungkin juga perlawanan Liga Juara-Juara menentang Viktoria Plzen.

Real dikatakan memburu bekas jurulatih Chelsea, Antonio Conte tetapi rundingan tidak berjalan lancar sementara jurulatih kebangsaan Belgium, Roberto Martinez dan bekas pemain tengah Real, Guti, juga dikaitkan dengan jawatan.

Tetapi jika Solari terus menyerlah, beliau mungkin akan diberikan kontrak tetap ketika beliau cuba mengulangi apa yang dilakukan oleh bekas jurulatih skuad remaja – Zinedine Zidane – yang mencipta nama dengan memenangi tiga kejuaraan Liga Juara-Juara berturut-turut bersama Real. — AFP

 ??  ?? BENZEMA (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol pembukaan perlawanan pada aksi di Melilla Rabu lepas. — Gambar AFP
BENZEMA (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol pembukaan perlawanan pada aksi di Melilla Rabu lepas. — Gambar AFP
 ??  ?? SOLARI
SOLARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia