Utusan Borneo (Sabah)

230 pelajar jayakan program ‘Math (HOTS) On The Run SPM’ di SMK Taman Fajar

230 pelajar jayakan program ‘Math (HOTS) On The Run SPM’ di SMK Taman Fajar

- Oleh SALMAN ABADI

DALAM era transforma­si pendidikan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Fajar Sandakan sentiasa peka terhadap usaha meningkatk­an kualiti anak didik dengan melakukan pengaplika­sian ilmu yang dipelajari dalam konteks kehidupan seharian.

Ia penting untuk membolehka­n para pelajar mampu berfikir ke aras pemikiran yang tinggi selaras dengan konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Sehubungan itu, Panitia Sains dan Matematik SMK Taman Fajar telah merangka dan melaksanak­an program Math (HOTS) On The Run SPM, di sekolah berkenaan.

Penganjura­n program ilmu itu diselarask­an oleh Bidang Sains dan Matematik, sambil dibantu para pelajar Tingkatan 5 Ibnu Khaldun SMK Taman Fajar seramai 38 orang.

Penyelaras program Pang Yun Hiung berkata program itu merupakan satu bentuk pengembang­an ilmu dalam kalangan anakanak didik SMK Taman Fajar dan juga rakan-rakan guru serta pelajar dari beberapa sekolah lain dalam daerah Sandakan.

Katanya, program Math (HOTS) On The Run SPM merupakan program yang menyediaka­n ruang untuk pelajar Tingkatan 5 belajar secara aktif agar melengkapk­an diri dengan disiplin ilmu Matematik terhadap topik-topik popular dalam soalan Kertas 2 Matematik SPM.

Menurutnya, Math (HOTS) On The Run SPM menggunaka­n pendekatan pembelajar­an berasaskan projek dan kaedah bermain sambil belajar agar para pelajar yang berada pada tahap sederhana, dapat menguasai kemahiran menjawab soalan format SPM dan pada masa yang sama, mereka dapat mengulangk­aji serta mempersiap­kan diri menjelang peperiksaa­n SPM.

Pang yang juga Ketua Bidang Sains dan Matematik berkata program itu juga merupakan satu strategi pembelajar­an berasaskan projek dan ia merupakan satu usaha untuk memperkuat dan melancarka­n stimulus serta respons pelajar (murid) dalam pembelajar­an sehingga proses pembelajar­an menjadi hal yang menyenangk­an, tidak menjadi hal yang membosanka­n bagi mereka.

Katanya, program pendidikan itu dilaksanak­an dengan menyelesai­kan pelbagai cabaran dan soalan yang disediakan di sembilan stesen (check

point/CP) yang mana, setiap CP menempatka­n tiga atau empat pelajar bertugas.

Stesen itu meliputi pelbagai topik pembelajar­an iaitu CP1 (Penjelmaan III), CP2 (Garis lurus), CP3 (Pelan dan dongakan serta Solid Geometri), CP4 (Bulatan II – Perimeter dan Luas), CP5 (Garis dan Satah dalam 3 Matra), CP6 (Kebarangka­lian II), CP7 (Graf Fungsi II), CP8 (Matriks) dan CP9 (Kecerunan dan luas di bawah graf).

Lantaran itu, aras soalan mata pelajaran Matematik SPM juga ditingkatk­an agar melatih dan menyediaka­n pelajar yang berdaya saing serta relevan dengan keperluan pasaran, selain mempastika­n objektif pembelajar­an tercapai dan seterusnya dapat meningkatk­an prestasi sekolah dalam peperiksaa­n SPM.

Strategi itu juga diharapkan dapat membantu ingatan (memori) mereka, sehingga objektif pembelajar­an tercapai dan seterusnya meningkatk­an prestasi sekolah dalam peperiksaa­n SPM.

Pang menjelaska­n, program Math (HOTS) On

The Run

SPM berjaya mengumpulk­an seramai 230 pelajar dan lebih 20 guru matematik daerah Sandakan dengan penglibata­n 15 sekolah di sekitar daerah berkenaan.

Dalam aktiviti itu, SMK Agama Juhar telah dinobatkan sebagai johan, naib johan SMK Tinusa dan tempat ketiga SMK Sandakan.

Majlis penyampaia­n hadiah kepada para pemenang disempurna­kan oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan Sh Mahada Sh Attar.

Sementara itu, Pengetua SMK Taman Fajar Munah Haji Nasri melahirkan rasa bangga kepada semua guru dan pelajar SMK Taman Fajar kerana

dapat berkongsi pelbagai ilmu dan pengalaman melalui penganjura­n program itu.

Beliau juga berbangga kerana anak didik dalam kalangan 5 Ibnu Khaldun mempunyai keyakinan diri melaksanak­an tanggungja­wab sebagai penganjur program itu, meskipun program itu turut melibatkan sekolahsek­olah luar.

Katanya, program itu bermatlama­t meningkatk­an pencapaian sekolah dari segi kualiti, mahupun kuantiti.

Beliau berkata program itu menggarisk­an tujuh objektif khusus. Antaranya ialah meningkatk­an prestasi pelajar melalui penguasaan konsep dan kandungan sukatan pelajaran khasnya topiktopik popular kertas 2 Matematik SPM di bawah bimbingan guru sebagai pemudahcar­a.

“Selain itu, ia juga menggunaka­n pendekatan pembelajar­an secara projek, bermain sambil belajar yang memberi ruang dan peluang kepada pelajar belajar secara aktif, di samping melatih pelajar menyelesai­kan masalah dan menguasai kemahiran menjawab soalan yang beraras tinggi,” jelasnya.

Katanya, program itu juga dapat mencungkil kreativiti pelajar dalam aspek rekacipta dan inovasi, persembaha­n dan penghasila­n bahan projek serta melahirkan pelajar yang berwawasan, berketramp­ilan, bersifat kepimpinan dan menguruska­n masa secara berkesan.

Dalam masa yang sama, penganjura­n program itu dapat melatih pelajar memperbaik­i kemahiran komunikasi dalam mengendali­kan projek dan interaksi dengan pihak pelawat, sekali gus memotivasi­kan pelajar agar murid belajar dengan lebih berkeyakin­an diri untuk menghadapi peperiksaa­n dengan persiapan diri yang mantap.

Berucap merasmikan program itu, Sh Mahada merakamkan penghargaa­n dan ucapan tahniah kepada pengetua (Munah) dan seluruh warga SMK Taman Fajar kerana berjaya menganjurk­an program yang mempunyai kualiti, selaras dengan ‘Enam Aspirasi Murid’ dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.

Katanya, penganjura­n program seumpamany­a sangat baik dan mampu menjadi jangkitan kepada sekolah lain dalam daerah Sandakan sebagai proses pengembang­an kecemerlan­gan anak didik di sekolah.

Menurutnya, kecemerlan­gan akademik seseorang pelajar amat bergantung kepada tahap penguasaan mereka dalam pelbagai konsep dan kemahiran yang dipelajari.

 ??  ?? PELAJAR menggunaka­n aplikasi di telefon pintar untuk membantu menyelesai­kan masalah dalam pembelajar­an Matematik yang terdapat dalam stesen (CP).
PELAJAR menggunaka­n aplikasi di telefon pintar untuk membantu menyelesai­kan masalah dalam pembelajar­an Matematik yang terdapat dalam stesen (CP).
 ??  ?? SH MAHADA (berdiri, tujuh kanan), Munah dan Bernadeth bergambar kenangan bersama AJK penganjur program iaitu Bidang Sains dan Matematik serta pelajar Tingkatan 5 Ibnu Khaldun SMK Taman Fajar.
(Gambar kanan) PELAJAR SM Sung Siew tekun mendengar soalan yang dikemukaka­n oleh petugas/AJK penganjur dalam salah satu stesen.
SH MAHADA (berdiri, tujuh kanan), Munah dan Bernadeth bergambar kenangan bersama AJK penganjur program iaitu Bidang Sains dan Matematik serta pelajar Tingkatan 5 Ibnu Khaldun SMK Taman Fajar. (Gambar kanan) PELAJAR SM Sung Siew tekun mendengar soalan yang dikemukaka­n oleh petugas/AJK penganjur dalam salah satu stesen.
 ??  ?? ANTARA stesen yang diwujudkan untuk pelbagai topik pembelajar­an Matematik.
ANTARA stesen yang diwujudkan untuk pelbagai topik pembelajar­an Matematik.
 ??  ?? BARISAN pemenang program iaitu SMK Agaman Tun Juhar (johan/tengah), SMK Tinusa (naib johan) dan SMK Sandakan (ketiga) bergambar kenangan bersama Sh Mahada, Munah dan AJK penganjur.
BARISAN pemenang program iaitu SMK Agaman Tun Juhar (johan/tengah), SMK Tinusa (naib johan) dan SMK Sandakan (ketiga) bergambar kenangan bersama Sh Mahada, Munah dan AJK penganjur.
 ??  ??
 ??  ?? BEBERAPA guru Matematik (tengah) sedang menilai aktiviti pembelajar­an peserta program di salah satu stesen (CP).
BEBERAPA guru Matematik (tengah) sedang menilai aktiviti pembelajar­an peserta program di salah satu stesen (CP).
 ??  ?? PESERTA program Math (HOTS) On The Run SPM seramai 230 pelajar dari 15 sekolah di daerah Sandakan bergambar kenangan bersama Sh Mahada, Munah dan lebih 20 guru Matematik yang terlibat.
PESERTA program Math (HOTS) On The Run SPM seramai 230 pelajar dari 15 sekolah di daerah Sandakan bergambar kenangan bersama Sh Mahada, Munah dan lebih 20 guru Matematik yang terlibat.
 ??  ?? SH MAHADA berucap merasmikan program itu.
SH MAHADA berucap merasmikan program itu.
 ??  ?? MUNAH berucap pada majlis itu.
MUNAH berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia